Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak

Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak. Memberikan Informasi Kesihatan Dan Aktiviti Kesihatan Di Daerah

Setinggi-tinggi Tahniah Kepada YBhg. Dato’ Dr. Feisul Idzwan Bin Dato’ Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri PerakAtas pen...
10/11/2025

Setinggi-tinggi Tahniah Kepada

YBhg. Dato’ Dr. Feisul Idzwan Bin Dato’ Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak

Atas penganugerahan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)

yang membawa gelaran Dato’,

sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan atas jasa, kepimpinan, dan dedikasi beliau dalam memperkasa sistem kesihatan awam di Negeri Perak.

Sekalung tahniah daripada kami,
Warga Kerja Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak.

Inspirasi buat semua anggota kesihatanSetiap anugerah bermula dari langkah kecil yang dilakukan dengan hati besar.Semoga...
09/11/2025

Inspirasi buat semua anggota kesihatan

Setiap anugerah bermula dari langkah kecil yang dilakukan dengan hati besar.

Semoga kejayaan ini menyuntik semangat kepada kita semua bahawa setiap usaha ikhlas, sekecil mana pun, mampu membawa sinar dan mengubah kehidupan insan lain.

𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐑𝐢𝐝𝐳𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐴𝑛𝑢𝑔𝑒𝑟𝑎ℎ 𝐼𝑛𝑖, 𝑈𝑛𝑡𝑢𝑘 𝐴𝑦𝑎ℎ𝑎𝑛𝑑𝑎 𝐷𝑎𝑛 𝐵𝑜𝑛𝑑𝑎

Alhamdulillah, syukur , saya telah dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, sempena Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Sultan bagi tahun 2025.

Hari ini, detik bermakna ini, dalam lipatan perjalanan hidup saya- saya hadiahkan sebagai penghargaan yang teristimewa kepada Ayahanda saya yang tersayang, Dato' Hj. Mustapha bin Sa'ad dan Bonda tercinta, Datin Hajah Asmah binti Norani yang telah mendidik, membimbing dan mendoakan saya tanpa henti sejak kecil.

Saya akui, saya bukanlah anak yang terbaik.

Saya hanyalah manusia biasa. Saya pernah mengucap kata dan melakukan perkara yang mungkin mengguris hati mereka. Namun, kasih dan doa mereka tidak pernah putus.

Terima kasih, Mama dan Ayah, atas kasih yang tidak bertepi, sayang yang tiada tolok bandingnya, bimbingan yang tiada syaratnya, dan doa yang sentiasa mengiringi setiap langkah dalam hidup saya.

Saya bersyukur kerana dapat berkongsi detik indah ini bersama kedua-dua orang tua saya pada pagi ini - kerana di sebalik setiap pencapaian, terselit pengorbanan dan cinta mereka yang tidak ternilai.

Jika anda melihat saya kukuh berdiri di sini pada hari ini, adalah kerana doa Ayahanda dan Bonda saya, yang tidak pernah berhenti.

𝑴𝒂𝒎𝒂, 𝑨𝒚𝒂𝒉: 𝒕𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉.

3rd PKD Hilir Perak Youth Mental Health ConferenceTema: Stop Bullying, Start Caring: Cultivating Empathy, Healing MindsP...
08/11/2025

3rd PKD Hilir Perak Youth Mental Health Conference

Tema: Stop Bullying, Start Caring: Cultivating Empathy, Healing Minds

Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan menganjurkan 3rd Youth Mental Health Conference) pada:

📅 12 November 2025
📍 UiTM Teluk Intan

Persidangan siri ketiga ini memberi tumpuan kepada isu buli termasuk buli siber, yang semakin menjejaskan kesejahteraan mental dalam kalangan pelajar. Tumpuan utama diberikan kepada usaha membina daya tahan (resilience) agar remaja dapat mengurus tekanan sosial, emosi dan cabaran dunia digital dengan lebih berkesan.

Peserta persidangan terdiri daripada pemimpin pelajar di daerah Hilir Perak, yang bakal menjadi ejen perubahan dalam memupuk budaya empati serta mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan menyokong kesejahteraan mental rakan sebaya.

Barisan penceramah istimewa terdiri daripada PAKAR PSIKIATRI, PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM, PAKAR PERUBATAN KELUARGA, PEGAWAI PSIKOLOGI (KAUNSELING) serta EDUFLUENCER KPM, yang akan berkongsi ilmu, pengalaman dan strategi bagi memperkukuh kesejahteraan mental dalam kalangan generasi muda.

Persidangan ini menjadi platform kolaborasi rentas sektor bagi memperkukuh empati, membina daya tahan dan mewujudkan komuniti pelajar yang penyayang, prihatin serta berdaya saing.

𝑫𝒊𝒓𝒈𝒂𝒚𝒂𝒉𝒖 𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖.Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan junjungan kasih sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia...
07/11/2025

𝑫𝒊𝒓𝒈𝒂𝒚𝒂𝒉𝒖 𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖.

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan junjungan kasih sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.

Semoga Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam rahmat, kesejahteraan dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata‘ala.

𝑆𝑒𝑚𝑏𝑎ℎ 𝑇𝑎𝑘𝑧𝑖𝑚 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎:

𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐢𝐥𝐢𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

✨ Sudut Minda Sihat 2025: “Stop Buli, Start Empati” ✨Program ini diadakan bagi menanam kesedaran bahawa buli bukan sekad...
06/11/2025

✨ Sudut Minda Sihat 2025: “Stop Buli, Start Empati” ✨

Program ini diadakan bagi menanam kesedaran bahawa buli bukan sekadar gurauan atau tindakan kecil yang boleh dilupakan. Ia boleh meninggalkan luka yang dalam dan hanya empati mampu menyembuhkannya.

Melalui Pertandingan Sudut Minda Sihat Peringkat PKD Hilir Perak, setiap fasiliti kesihatan menzahirkan mesej dengan cara kreatif, menyeru masyarakat untuk menghentikan budaya buli dan menggantikannya dengan rasa hormat serta kasih sesama manusia.

Tahun ini, penyertaan aktif diterima daripada:
🏥 KK Teluk Intan (KKTI)
🏥 KK Langkap (KKL)
🏥 KK Chenderong Balai (KKCB)
🏥 KKIA Teluk Intan
Unit Inspektorat & Perundangan PKD Hilir Perak.

Setiap sudut yang dipamerkan membawa mesej tersendiri agar tiada lagi mangsa yang terdiam, dan tiada lagi hati yang terluka kerana buli.

Dan jika anda atau orang sekeliling sedang melalui tekanan emosi atau menjadi mangsa buli,
📞 Talian HEAL 15555 sentiasa sedia mendengar dan membantu.

06/11/2025

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menyertai Pertandingan Sudut Minda Sihat dengan tema “Stop Buli, Start Empati” peringkat PKD Hilir Perak!

Setiap sudut yang dihasilkan bukan sekadar hiasan ia adalah suara kecil yang membawa mesej besar

Kita semua berhak untuk rasa selamat, dihormati, dan disayangi.

Budaya buli tidak seharusnya dianggap perkara biasa. Ia bermula dengan sikap, perkataan, dan tindakan kecil yang menyakitkan, tetapi boleh meninggalkan parut emosi yang dalam.

Kini masa untuk kita semua bersuara menolak normalisasi buli dan menggantinya dengan empati serta kasih sayang dalam setiap ruang kehidupan, di sekolah, tempat kerja, dan komuniti kita.

Jika anda atau orang sekeliling menjadi mangsa buli atau tekanan emosi, jangan diam.

📞 Talian HEAL 15555 sedia mendengar dan membantu.

Suara Komuniti, Denyut Kesihatan: Peranan PPKK Diperkukuh di Hilir PerakTahukah anda, di setiap Klinik Kesihatan sebenar...
30/10/2025

Suara Komuniti, Denyut Kesihatan: Peranan PPKK Diperkukuh di Hilir Perak

Tahukah anda, di setiap Klinik Kesihatan sebenarnya wujud satu kumpulan sukarelawan istimewa yang menjadi jambatan antara masyarakat dan pihak kesihatan?

Mereka dikenali sebagai Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) barisan komuniti yang membantu memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan, memberi maklum balas tentang isu setempat, serta menyuarakan keperluan masyarakat kepada pihak klinik.

Bagi memperkasakan peranan penting ini, telah diadakan Seminar Pemantapan & Induksi Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak, bertempat di Dewan Auditorium UiTM Teluk Intan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr Siti Rohani bt Nurumal, Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak. Seminar ini bertujuan memberi pendedahan tentang tanggungjawab ahli panel serta mengeratkan hubungan antara ahli-ahli PPKK di seluruh daerah Hilir Perak.

Antara pengisian menarik ialah Forum “Suara Komuniti, Pemangkin Perubahan” yang menampilkan barisan panel berpengalaman:
• Dr Muhamad Ni’am bin Masbah, Penyelaras PPKK PKD Hilir Perak (Moderator)
• Hj Jaafar bin Kassim, Pengerusi PPKK PKD Hilir Perak
• Hj Abdul Lateff bin Zakaria, Pengerusi PPKK Negeri Perak
• PPP Thamil Selvam A/L Rasalingam, Ketua Penyelia PPP Primer JKN Perak

Program julung kali ini disertai oleh 46 peserta dan menerima maklum balas yang amat positif. Semoga pendedahan ini menjadi titik tolak kepada penglibatan lebih aktif PPKK dalam menjayakan agenda kesihatan komuniti di Hilir Perak.

Teluk Intan Melangkah Bebas Asap Rokok: Inisiatif TIARA Dapat Sokongan Penuh Agensi DaerahTeluk Intan kini melangkah set...
29/10/2025

Teluk Intan Melangkah Bebas Asap Rokok: Inisiatif TIARA Dapat Sokongan Penuh Agensi Daerah

Teluk Intan kini melangkah setapak ke hadapan dalam usaha menjadikan bandar ini bebas asap rokok dan v**e.

Melalui inisiatif TIARA (Teluk Intan Bebas Asap Rokok dan V**e), Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak terus memperkukuh kerjasama bersama semua agensi daerah dalam melindungi kesihatan komuniti.

Tarikh: 29 Oktober 2025
Tempat: Bilik Gerakan , Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hilir Perak Bil. 6/2025 yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Hilir Perak, Puan Mufidah, turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, wakil-wakil agensi, YB serta wakil-wakil mereka.

Dalam mesyuarat ini, Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak telah membentangkan taklimat mengenai Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, yang menekankan tanggungjawab bersama semua pihak bagi memperkukuh penguatkuasaan dan kesedaran awam terhadap bahaya merokok serta penggunaan v**e.

Sebagai simbolik sokongan terhadap inisiatif TIARA, poster “Dilarang Merokok” telah diedarkan kepada semua wakil jabatan dan agensi, menandakan komitmen bersama kepimpinan daerah untuk menjadikan Teluk Intan bebas daripada asap rokok dan v**e.

**e

Hilir Perak Berduka Kejadian Kebakaran Kampung Terengganu, Teluk IntanKebakaran yang memusnahkan enam buah rumah di Kamp...
27/10/2025

Hilir Perak Berduka Kejadian Kebakaran Kampung Terengganu, Teluk Intan

Kebakaran yang memusnahkan enam buah rumah di Kampung Terengganu, Mukim Durian Sebatang baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga yang kehilangan tempat berteduh. Namun di sebalik duka, terserlah semangat komuniti dan keprihatinan pasukan barisan hadapan.

Pasukan Perubatan dan Kesihatan PKD Hilir Perak telah digerakkan seawal pembukaan PPS Dewan Bandaran Teluk Intan bagi memastikan setiap mangsa mendapat rawatan dan pemantauan kesihatan yang sewajarnya.

Pemeriksaan kesihatan dijalankan bagi mengesan tanda-tanda awal penyakit, manakala pasukan kesihatan persekitaran melaksanakan pemantauan sanitasi, persampelan makanan, kawalan vektor, serta kawalan mutu air.

Dalam masa yang sama, pasukan Sokongan Psikososial (PFA) turut mendekati mangsa satu demi satu mendengar kisah kehilangan, menenangkan yang masih trauma, dan memberi ruang untuk mereka meluahkan perasaan. Usaha ini penting agar mereka dapat pulih bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga emosi.

Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak, Dr. Siti Rohani, turut hadir melawat lokasi kejadian serta PPS bagi menzahirkan sokongan moral kepada mangsa dan memberi penghargaan kepada semua petugas kesihatan yang terlibat.

PKD Hilir Perak akan terus komited memberikan sokongan berterusan kepada semua mangsa.
Semoga mereka diberi kekuatan untuk membina semula kehidupan dengan semangat dan harapan baru ❤️

UTAMAKAN KESELAMATANJika anda tinggal di kawasan berisiko tinggi banjir, bertindaklah lebih awal.Mohon ketua komuniti se...
24/10/2025

UTAMAKAN KESELAMATAN

Jika anda tinggal di kawasan berisiko tinggi banjir, bertindaklah lebih awal.

Mohon ketua komuniti setempat untuk mengenalpasti dan mencadangkan pemindahan segera bagi golongan berisiko seperti:
• Individu terlantar
• Ibu mengandung
• Golongan OKU
Langkah awal boleh menyelamatkan nyawa.
Jangan tunggu air naik baru bertindak.

BENDANG WALK SEMPENA SAMBUTAN HARI MENTAL & PINK OKTOBER 🌸💚Hari ini berlangsung dengan penuh warna dan semangat bersama ...
24/10/2025

BENDANG WALK SEMPENA SAMBUTAN HARI MENTAL & PINK OKTOBER 🌸💚

Hari ini berlangsung dengan penuh warna dan semangat bersama penduduk Kg Permatang Sg Manik.

Gabungan tema pink & hijau menyerikan suasana dalam Bendang Walk sempena sambutan Hari Kesihatan Mental dan Pink Oktober anjuran PKD Hilir Perak.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Razi Bin Zakaria, Pegawai Epidemiologi PKD Hilir Perak, diikuti poket talk kesihatan mental oleh En. Adib, Pegawai Psikologi Kaunseling yang berkongsi tips menjaga kesejahteraan emosi.

Peserta turut melakukan senaman regangan sebelum memulakan Bendang Walk sejauh 3km, sambil menikmati pemandangan hijau yang menenangkan di tengah sawah

Syukur, walaupun hujan turun tanpa henti semalam, cuaca hari ini begitu indah dan bersahabat seolah turut meraikan langkah kecil menuju kesihatan minda dan jasmani

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak, Jalan Maharajalela
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056221011

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram