Hospital Teluk Intan

Hospital Teluk Intan Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak
Tel : 05-6298400 Fax : 05-6212415
Laman Web : http://h

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Malaysia MadaniSukacita dimaklumkan bahawa Hospital Teluk Intan dengan kerjas...
27/04/2026

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani

Sukacita dimaklumkan bahawa Hospital Teluk Intan dengan kerjasama Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi HTI akan menganjurkan program istimewa sempena sambutan *World Hand Hygiene Day 2026 Peringkat Negeri Perak* 🎉🏃 🏃 🏃

✨ *“ACTION SAVES LIVES” FUN RUN 5KM 2026* ✨

🗓 Tarikh: 4 Julai 2026, Sabtu
⏰ Masa: 6.45 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Arena Square Teluk Intan
🏃Terbuka kepada *SEMUA*

💰 Yuran Penyertaan: RM40
🎽 Peserta akan menerima:
• T-shirt eksklusif
• Medal
• Peluang memenangi cabutan bertuah


Jom sertai kami memeriahkan program ini! 💪🌿
🔥 Banyak aktiviti menarik menanti anda!
🎁 Hadiah menarik disediakan!
📲 Daftar sekarang melalui pautan berikut:

https://forms.gle/GqwrmfRcbLn9nzZ58

⏰ Tarikh tutup penyertaan: 31 Mei 2026

✅ Sijil Penyertaan akan diberikan secara e-sijil kepada para peserta

Jangan lepaskan peluang untuk sertai dan
Jom meriahkan Action Saves Lives Fun Run 2026! 🔥

Marilah warga HTI & orang ramai hadir beramai-ramai memeriahkan reruai jualan sempena Hari Kesedaran Autisma yang bertem...
24/04/2026

Marilah warga HTI & orang ramai hadir beramai-ramai memeriahkan reruai jualan sempena Hari Kesedaran Autisma yang bertempat di Dewan Jauhari. Waktu jualan hari ini bermula sekarang hingga makanan habis.

Jangan lepaskan peluang ini. Jumpa anda di sini sekarang!!!

KURSUS PEMENTORANPada 20 April 2026 bertempat di Dewan Jauhari, Hospital Teluk Intan, telah diadakan Kursus Pementoran y...
22/04/2026

KURSUS PEMENTORAN

Pada 20 April 2026 bertempat di Dewan Jauhari, Hospital Teluk Intan, telah diadakan Kursus Pementoran yang dihadiri oleh 50 orang peserta serta urus setia. Kursus ini telah dirasmikan oleh PJ Siti Suhaila Binti Yusof, Penyelia Jururawat U9.

Objektif kursus adalah:

-Memperkukuhkan program pementoran Unit Kejururawatan.

-Mendedahkan, mengukuhkan serta memantau pelaksanaan program mentorship Unit Kejururawatan.

Sepanjang kursus, turut diadakan sesi bengkel pengurusan fail pementoran, mentor dan mentee. Kursus ini mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada para peserta.

.

LAWATAN PENILAIAN PELAKSANAAN MPIS DI HOSPITAL TELUK INTANHospital Teluk Intan telah menerima lawatan penilaian pelaksan...
21/04/2026

LAWATAN PENILAIAN PELAKSANAAN MPIS DI HOSPITAL TELUK INTAN

Hospital Teluk Intan telah menerima lawatan penilaian pelaksanaan Medical Patient Information System (MPIS) pada 20 April 2026 yang berlangsung dengan jayanya. Lawatan tersebut melibatkan wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Bahagian Perkembangan Perubatan iaitu Dr. Mohamad Anas Putra, Dr. Naadira dan Dr. Hanis. Turut hadir ialah wakil daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak iaitu Dr. Sahliza, Dr. Ashikin serta Pn. Syaridah.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai tahap kesiapsiagaan hospital dari segi fasiliti, infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta perancangan pelaksanaan sistem MPIS di peringkat hospital. Penilaian ini penting bagi memastikan pelaksanaan sistem dapat berjalan dengan lancar dan berkesan selaras dengan aspirasi pendigitalan sektor kesihatan negara.Usaha pelaksanaan MPIS ini dijangka mampu memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan, di samping meningkatkan kualiti rawatan dan keselamatan pesakit di hospital.

Pihak HTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini dan berharap inisiatif pendigitalan ini dapat memberi manfaat besar kepada sistem kesihatan negara.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI HOSPITAL TELUK INTAN 2026 MERIAH, PUPUK SEMANGAT RAHMAHSambutan Hari Raya Aidilfitri Hospi...
17/04/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI HOSPITAL TELUK INTAN 2026 MERIAH, PUPUK SEMANGAT RAHMAH

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Hospital Teluk Intan 2026 berlangsung meriah dalam suasana penuh kemesraan, sekali gus mencerminkan semangat kekeluargaan yang utuh dalam kalangan warga hospital. Bertemakan Indahnya Beraya Dalam Rahmah, sambutan kali ini mengetengahkan nilai kesederhanaan, keinsanan dan kebersamaan dalam meraikan Syawal. Antara pengisian utama termasuk tayangan montaj video ucapan Hari Raya daripada jabatan dan unit-unit hospital yang berjaya menyemarakkan lagi suasana serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga kerja. Majlis turut diserikan dengan ucapan oleh Pengarah Hospital Teluk Intan, Dr. Nordin Bin Nasir, yang menzahirkan rasa bangga atas penganjuran majlis secara sederhana namun bermakna, di samping merakamkan penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi seluruh warga hospital dalam melaksanakan amanah perkhidmatan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan Hari Raya yang menyajikan pelbagai juadah tradisional dan moden yang menyelerakan, diiringi persembahan tarian serta nyanyian oleh kakitangan hospital. Persembahan tersebut bukan sahaja menceriakan suasana, malah menyerlahkan bakat terpendam dalam kalangan petugas Hospital Teluk Intan. Sebagai penutup, sesi bergambar beramai-ramai bersama Pengarah Hospital telah diadakan sebagai simbol kenangan indah sambutan yang penuh bermakna ini. Penganjuran majlis seumpama ini diharapkan dapat terus memperkukuh ukhuwah, memupuk semangat kerja berpasukan serta meningkatkan motivasi warga hospital dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan berterusan kepada masyarakat.

17/04/2026

Video Sambutan Hari Raya Aidilfitri Hospital Teluk Intan 2026

PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2026 HOSPITAL TELUK INTAN BERLANGSUNG LANCARPerhimpunan Bulanan April 2026 Hospital Teluk Inta...
17/04/2026

PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2026 HOSPITAL TELUK INTAN BERLANGSUNG LANCAR

Perhimpunan Bulanan April 2026 Hospital Teluk Intan telah berlangsung dengan jayanya pada jam 8.15 pagi di Dewan Jauhari, anjuran Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan lagu Kami Sedia Membantu, diikuti bacaan doa serta ikrar yang melibatkan kakitangan jabatan berkenaan. Sesi renungan pagi telah disampaikan oleh Dr. Siti Hajar Binti Shahidin yang memberikan kata-kata motivasi kepada para hadirin.

Majlis turut menampilkan tayangan montaj aktiviti dan pencapaian Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental serta ucapan oleh Ketua Jabatan, Dr. Tan Bee Cheng. Pengarah Hospital Teluk Intan, Dr. Nordin Bin Nasir dalam amanatnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, menghargai usaha jabatan serta menekankan kepentingan pengurusan stres, pematuhan SOP dan penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada pesakit. Majlis diteruskan dengan pengumuman kakitangan baharu dan persaraan, penyampaian sijil penghargaan serta Anugerah Warga Kerja Cemerlang bagi tempoh Januari hingga Mac, sebelum berakhir dengan penyampaian penghargaan dan bersurai dengan jayanya.

17/04/2026

Pemenang Kuiz Ihya Ramadhan Anjuran Unit Perpustakaan Hospital Teluk Intan

HOSPITAL TELUK INTAN JALANI PENILAIAN AKREDITASI MSQH, PERKUKUH KOMITMEN PERKHIDMATAN BERKUALITI Hospital Teluk Intan te...
06/04/2026

HOSPITAL TELUK INTAN JALANI PENILAIAN AKREDITASI MSQH, PERKUKUH KOMITMEN PERKHIDMATAN BERKUALITI

Hospital Teluk Intan terus memperkukuh komitmennya dalam memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berfokuskan pesakit apabila berjaya menjalani proses Penilaian Akreditasi (Focus Survey) 2026 oleh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) hari ini.Penilaian tersebut telah dilaksanakan oleh panel penilai berpengalaman yang diketuai oleh Dr. Selahudeen bin Abd Aziz, bersama Dr. Patrick Tan Kee Seng, Pakar Perunding Anestesiologi, serta En. Bunyamin bin Yahaya, Ketua Perkhidmatan Sokongan, Parkcity Medical Centre, Kuala Lumpur.

Proses penilaian ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan hospital dalam mengekalkan standard perkhidmatan kesihatan yang tinggi, selaras dengan aspirasi kepimpinan hospital di bawah pengurusan Dr. Nordin bin Nasir.Sepanjang penilaian, pelbagai aspek telah diteliti termasuk keselamatan pesakit, kecekapan klinikal, pengurusan perkhidmatan serta pematuhan kepada piawaian yang telah ditetapkan oleh MSQH.

Pengurusan hospital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Hospital Teluk Intan atas dedikasi, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan dalam menjayakan proses penilaian ini.Usaha berterusan ini membuktikan kesungguhan Hospital Teluk Intan dalam memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan sentiasa berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan masyarakat setempat.

KURSUS CERVICAL CANCER UPDATE AND MANAGEMENT PADA 2 APRIL 2026 DI DEWAN JAUHARIJabatan O&G HTI telah menganjurkan kursus...
06/04/2026

KURSUS CERVICAL CANCER UPDATE AND MANAGEMENT PADA 2 APRIL 2026 DI DEWAN JAUHARI

Jabatan O&G HTI telah menganjurkan kursus "CERVICAL CANCER UPDATE AND MANAGEMENT" bagi tahun 2026. Kursus ini dijalankan pada 2 April 2026 bertempat di Dewan Jauhari Hospital Teluk Intan.

Seramai 50 (peserta dan urusetia) yang menyertai kursus tersebut terdiri dari Pegawai Perubatan dan Paramedik dari :
- Hospital Teluk Intan
- ⁠Hospital Tapah
- ⁠Hospital Tengku Ampuan Jemaah
- ⁠PKD Hilir Perak
- ⁠PKD Batang Padang dan
- ⁠PKD Sabak Bernam

Objektif kursus "Cervical Cancer Update and Management" ini adalah untuk :

- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota kesihatan dalam pengurusan pesakit kanser serviks.
- ⁠Memastikan semua anggota kesihatan terlibat dapat memberikan rawatan terhadap pesakit berkaitan.
- ⁠Meningkatkan keyakinan diri Pegawai Perubatan dan Paramedik dalam mengendalikan pesakit kanser serviks.

Perasmian kursus ini disempurnakan oleh Tuan Pengarah Hospital Teluk Intan iaitu Dr. Nordin bin Nasir.

Keseluruhan kursus berjalan lancar dengan maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta. Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kualiti perkhidmatan Ginekologi di seluruh kluster.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

Stok darah terkini di Hospital Teluk Intan.Jom datang menderma darah. Darah anda mampu menyelamatkan nyawa bagi yang mem...
02/04/2026

Stok darah terkini di Hospital Teluk Intan.

Jom datang menderma darah. Darah anda mampu menyelamatkan nyawa bagi yang memerlukan.

Ikuti FB Derma Darah Teluk Intan untuk maklumat lanjut.

Stok bekalan darah terkini di Hospital Teluk Intan.

Ada yang bertanya, penderma darah B sikit sangat ke? Asyik rendahhhh je stok darah B ?

Bukan penderma darah B tak ramai, tapi pengunaan darah B yang sangat tinggi sejak awal tahun 2026..

Oleh yang demikian....untuk penderma darah B , dan juga jenis darah lain (A, O,AB), segeralah tampil menderma darah ye...yang dah cukup tempoh 3 bulan, sihat tubuh badan, dan berkelapangan... mohler datang.

Kalau nak tau jadual program derma darah kami, ada 3 cara :
1) follow fb Derma Darah Teluk Intan. Boleh tengok jadual mingguan kami / pm di fb messenger
2) telefon ke 05-6298463 ( office hour sahaja)
3) whatsapp ke 019-244 1254


Address

Teluk Intan
Teluk Intan
36000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Teluk Intan:

Share

Category