24/03/2026
Program Menyantuni Kakitangan Bertugas dan Pesakit Tibi bersama Pengurusan Tertinggi HoSHAS pada pagi 1 Syawal 1447H.
๐ญ ๐ฆ๐๐ฎ๐๐ฎ๐น ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ | ๐ฎ๐ญ ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Dr. Mazlina binti Mohtar, Timbalan Pengarah Perubatan II, mewakili Pengurusan Tertinggi HoSHAS telah hadir menyantuni 447 kakitangan yang bertugas pada pagi 1 Syawal di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).
Dalam suasana mesra dan penuh keprihatinan, beliau beramah mesra bersama warga kerja yang terus komited memberikan perkhidmatan kepada masyarakat walaupun di hari perayaan. Kehadiran beliau mencerminkan penghargaan Pengurusan Tertinggi HoSHAS terhadap pengorbanan serta dedikasi kakitangan dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
Beliau turut meluangkan masa menyantuni pesakit ๐๐ถ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ค๐ถ๐ญ๐ฐ๐ด๐ช๐ด (Tibi) sebagai tanda sokongan moral serta menceriakan suasana Aidilfitri mereka. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan hamper raya dan duit raya daripada Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia (MAPTB) Negeri Pahang kepada pesakit Tibi.
Selain itu, satu sumbangan khas turut diberikan kepada seorang kakitangan HoSHAS yang telah enam bulan bercuti kerana menjaga anaknya yang menerima rawatan di Wad Paediatrik Melur 1. Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan serta sokongan berterusan pihak Pengurusan Tertinggi HoSHAS terhadap kebajikan wargakerjanya.