Pejabat Kesihatan Daerah Tenom

Pejabat Kesihatan Daerah Tenom Pejabat Kesihatan Daerah Tenom

Peti Surat No.97, 89907 Tenom, Sabah. Contact No: 087-737 003

09/02/2026

๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ฅ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—”! ๐Ÿ™Œ๐Ÿป

Bantuan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk setiap ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ dewasa berusia 18 tahun dan ke atas dengan jumlah sebanyak RM100 secara one-off diteruskan tahun ini dan akan dikreditkan pada 9 Februari 2026.

Kerajaan terus prihatin kepada rakyat Malaysia untuk persiapan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan yang bakal menjelang.

Semakan kelayakan: sara.gov.my.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia
Kementerian Kewangan











09/02/2026

๐—”๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚ ๐—ฆ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐Ÿฅ—

Hari cuti hujung minggu merupakan masa yang paling sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama dengan menikmati hidangan di rumah. Aktiviti ini memberikan kesan besar kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Amalan pemakanan sihat bermula dengan pemilihan menu yang seimbang dan kaedah penyediaan yang betul. Usaha ini mampu menyokong tahap kesihatan yang lebih baik serta meningkatkan kesejahteraan keluarga secara berterusan. ๐Ÿซฐ๐Ÿป

09/02/2026

๐Ÿ“Œ Seharian di tempat kerja adakalanya boleh menyebabkan warga kerja berasa keletihan.

๐Ÿ’ช Dengan itu, marilah mengamalkan tip-tip yang dikongsikan ini sebagai panduan dalam meningkatkan fleksibiliti diri, khususnya melalui aktiviti yang menyokong kesejahteraan fizikal dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti di tempat kerja.

09/02/2026

Jom ketahui Piramid Makanan Malaysia 2020

09/02/2026

Penat tapi kena teruskan? ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Zaman sekarang, jadual kita memang padat sangat. Dari pagi sampai ke malam, ada saja urusan yang perlu diselesaikan. Tapi sedar tak, bila kita terlalu paksa diri sampai keletihan melampau, produktiviti kita sebenarnya makin menurun. Bukan fizikal je penat, mental pun boleh burnout! ๐Ÿ“‰

Jangan biarkan keletihan mengawal hidup anda. Jom ikuti beberapa tip gaya hidup sihat yang kami kongsikan ini untuk kekal cergas dan fokus! ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธโœจ

09/02/2026

Ramai orang sangka โ€œaku okay jeโ€, sebab hidup masih jalan. Tapi badan ada cara dia sendiri untuk bisik bila sesuatu tak cukup.

Bangun pagi letih, petang mengantuk. Bibir rekah tak habis-habis. Luka kecil lambat baik. Kebas hujung jari datang pergi. Lenguh otot macam badan tak sempat pulih. Kadang-kadang bukan sebab malas. Kadang-kadang badan tengah minta cukupkan semula.

Yang buat kita selalu terlepas pandang, gejala kekurangan vitamin ni nampak macam benda biasa. Tapi bila ia berulang setiap minggu, itu tanda badan sedang โ€œberjimatโ€, ambil yang penting dulu, yang lain dia korbankan perlahan-lahan.

Cuba ingat simptom yang paling kerap jadi pada anda:

โ€ผ๏ธ Mata cepat kering, rabun malam, mudah jatuh sakit mungkin berkait dengan Vitamin A.

โ€ผ๏ธ Kebas, mudah letih, rasa blur dan susah fokus kadang-kadang berkait dengan B12.

โ€ผ๏ธ Gusi mudah berdarah, mudah lebam, luka lambat sembuh sering dikaitkan dengan Vitamin C.

โ€ผ๏ธ Lenguh otot, sakit tulang, cepat penat walau tidur cukup boleh berkait dengan Vitamin D.

โ€ผ๏ธPucat, pening, cepat penat boleh berkait dengan folat (B9) atau kumpulan B lain.

Langkah paling selamat bukan terus beli suplemen. Mulakan dengan pinggan yang lebih โ€œberisiโ€.

โœ… Sayur hijau dan kekacang untuk B9.
Ikan, telur, susu untuk B12.

โœ… Buah dan sayur segar macam jambu batu, limau, brokoli untuk Vitamin C.

โœ… Ikan berlemak, kuning telur, dan pendedahan matahari sekejap-sekejap untuk Vitamin D.

โœ… Lobak, labu, ubi dan sayur hijau untuk Vitamin A.

Kalau anda sudah lama rasa badan โ€œtak macam duluโ€, itu bukan lemah. Itu mesej. Boleh mula kecil dulu, satu perubahan sehari. Dan kalau gejala makin kuat atau mengganggu hidup, berbincanglah dengan doktor atau petugas kesihatan yang anda percaya, supaya puncanya jelas dan rawatan tepat.

Public Health Malaysia

29/01/2026
โš ๏ธ KES TURUN โ‰  SELAMAT! โš ๏ธRisiko denggi masih wujud di sekeliling kita.Tahukah anda?๐ŸฆŸ Telur nyamuk Aedes boleh bertahan ...
16/01/2026

โš ๏ธ KES TURUN โ‰  SELAMAT! โš ๏ธ

Risiko denggi masih wujud di sekeliling kita.
Tahukah anda?

๐ŸฆŸ Telur nyamuk Aedes boleh bertahan sehingga 6 bulan dalam keadaan kering.
Apabila terkena air, telur ini akan menetas serta-merta menjadi jentik-jentik.
โŒ Buang air bertakung sahaja tidak mencukupi
โœ… Sentallah dan cuci dinding bekas air seperti baldi, pasu, tong dan bekas simpanan air.

๐Ÿ“Œ Ingat:
Tiada jentik-jentik = Tiada nyamuk = Kurang risiko denggi

Mari kita bersama-sama amalkan 3M Plus dan lindungi keluarga serta komuniti kita.





13/01/2026

๐ŸŽ‰ Awal tahun ini Nutritionist Sabah Kembali lagi dengan Latihan Katering Sihat hosted by Pusat Maklumat Pemakanan Keningau pada ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ 21 Februari 2026 (Sabtu)
โฐ 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Facebook Live โ€“ Nutritionist Sabah

Latihan Katering Sihat (LKS), adalah latihan yang disasarkan kepada pengendali makanan di semua premis makanan dengan tujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran pengendali makanan mengenai penyediaan hidangan yang sihat dan selamat.

๐Ÿ–‹๏ธKlik pautan berikut untuk daftar https://forms.gle/N8ifuZzthxipTD5S6

๐Ÿ“ฃ Penyertaan adalah PERCUMA dan Sijil Elektronik disediakan.

23/12/2025

Petang petang makan goreng pisang panas panas.Mula mula 2 keping je. Tapi bila rangup tu โ€œcair โ€ dekat mulut, tahu tahu dah sampai 5โ€“10 keping.

Kadang kita naik badan bukan sebab kita makan banyak sangat.
Tapi sebab kita makan benda yang padat kalori, sikit pun dah โ€œberatโ€ untuk badan.

Kenapa pisang goreng kalori tinggi?
Sebab dia bukan pisang semata mata.

Pisang memang ada gula semula jadi. Bila digoreng, dia jadi makin sedap dan senang kita nak ulang.
Lepas tu ada salutan tepung, yang tambah lagi karbohidrat dan kalori.
Yang paling besar, bila digoreng, dia serap minyak. Minyak ni kalori tinggi, jadi beberapa keping je boleh jadi banyak tenaga tanpa kita sedar.

Itu yang badan โ€œtak sempatโ€ nak catch up. Perut rasa boleh lagi, tapi kalori dah menimbun.

Kalau anda tetap nak makan, tak salah.
Cuma try buat cara yang lebih selamat: ambil portion awal siap siap, kongsi dengan orang, atau pilih yang kurang berminyak.

23/12/2025

Untuk 2026 ini, kita nak jadi manusia yang lebih empati.

sebagai analogi...

Untuk zirafah, dia berdiri tenang. Dia boleh kata, โ€œbiasa je.โ€
Tapi untuk tikus, air tu boleh jadi tempat yang buat dada sesak. Boleh jadi detik yang buat tangan menggigil. Boleh jadi pengalaman โ€œhampir lemasโ€ yang orang lain tak nampak pun.

Sebab itu, bila seseorang nampak takut, nampak mudah triggered, nampak lambat bangkitโ€ฆ jangan cepat label dia lemah. Jangan cepat suruh dia โ€œchillโ€, โ€œmove onโ€, โ€œjangan fikir sangatโ€.

Anda tak hidup dalam badan dia.
Anda tak tahu sejarah dia.
Anda tak tahu berapa banyak kali dia terpaksa bertahan seorang diri.

Jadi tahun 2026 ni, kita nak kurangkan ayat yang mengecilkan rasa orang.
โ€œAlah biasa je.โ€
โ€œJangan over.โ€
โ€œRamai lagi susah.โ€

Dan kita nak tambah ayat yang buat orang rasa selamat.
โ€œAku dengar.โ€
โ€œTak apa kalau awak penat.โ€
โ€œSaya ada.โ€

Kita tak hidup dalam badan orang lain. Kita tak tahu apa yang dia pernah lalu. Kita tak tahu berapa banyak kali dia pernah hampir lemas.

Belajar faham dulu sebelum menilai.
Sebab kadang-kadang, sedikit empati daripada kitaโ€ฆ itulah pelampung yang orang lain perlukan untuk terus bertahan.

23/12/2025

Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa bau bayi sedap sangat dicium?

Bukan wangi perfume. Bukan semata bau sabun. Tapi bau yang buat hati tiba tiba lembut, rasa nak peluk lama, rasa tenang tanpa sebab.

Bau yang kita rindu, tapi susah nak jelaskan.
Ada penjelasan sains di sebalik โ€œbaby smellโ€ ini.

Pertama, bau semula jadi kulit bayi.

Kulit bayi belum banyak terdedah kepada pencemaran, peluh berat, makanan berempah atau hormon dewasa. Kelenjar peluh apokrin yang biasanya menyumbang kepada bau badan kuat pun belum aktif. Sebab itu bau kulit mereka lebih neutral, bersih dan โ€œfreshโ€.

Kedua, vernix caseosa.

Lepas lahir, bayi masih ada sisa lapisan putih krim nipis yang melindungi kulit dan melembapkan. Lapisan ini juga ada bau lembut semula jadi yang ramai orang kaitkan dengan bau bayi baru lahir.

Ketiga, yang paling menarik, otak kita memang diprogramkan untuk s**a bau bayi.

Kajian neuro-sains menunjukkan bau bayi boleh mengaktifkan pusat ganjaran dalam otak orang dewasa, macam mekanisme yang buat kita rasa gembira dan tertarik. Ini dipercayai membantu manusia membina naluri untuk mendekat, menyayangi dan melindungi. Sebab itu bau bayi bukan sekadar bau, tapi juga
signal emosi yang kuat, bantu bonding antara ibu, ayah dan bayi.

Dan sebab itu juga, bau ini perlahan-lahan berubah bila bayi membesar. Bila mula makan makanan pejal, hormon berubah, kelenjar peluh aktif dan bayi mula terdedah kepada persekitaran, bau โ€œbaby smellโ€ akan makin pudar. Itu normal.

Jadi bila orang kata, โ€œBaby ni wangi betulโ€, sebenarnya badan dan otak kita memang dicipta untuk rasa begitu. Kalau ada bayi dekat rumah hari ini, ambil peluang. Peluk dan cium. Bau itu mungkin kecil, tapi memori yang dia tinggal boleh jadi besar.

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Tenom
Tenom
89907

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Tenom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Tenom:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram