Klinik Kesihatan Triang

Klinik Kesihatan Triang Klinik Kesihatan Triang

๐Ÿ“ฑ ๐Œ๐ฒ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š: ๐‰๐š๐ง๐ฃ๐ข ๐“๐ž๐ฆ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐ ๐š๐ฅ๐š๐ค๐ค๐š๐ง, ๐–๐š๐ฅ๐ค-๐ˆ๐ง ๐ƒ๐ข๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐šBagi melancarkan pengurusan pesakit dan mengurangkan kesesakan di ...
06/01/2026

๐Ÿ“ฑ ๐Œ๐ฒ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š: ๐‰๐š๐ง๐ฃ๐ข ๐“๐ž๐ฆ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐ ๐š๐ฅ๐š๐ค๐ค๐š๐ง, ๐–๐š๐ฅ๐ค-๐ˆ๐ง ๐ƒ๐ข๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š

Bagi melancarkan pengurusan pesakit dan mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan, orang ramai digalakkan menggunakan sistem janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

Penggunaan sistem janji temu ini membolehkan:
1๏ธโƒฃ Pengurusan janji temu yang lebih teratur
2๏ธโƒฃ Pengurangan tempoh menunggu
3๏ธโƒฃ Perancangan waktu lawatan ke fasiliti kesihatan dengan lebih baik

Walaupun sistem janji temu merupakan kaedah utama, perkhidmatan walk-in masih disediakan, khususnya bagi kes kecemasan, warga emas serta golongan yang mempunyai kekangan akses kepada teknologi. Pesakit tanpa janji temu tetap akan dilayan tertakluk kepada proses penilaian awal (triage).

KKM memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu. Sehubungan itu, perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan akses kepada rawatan kesihatan yang adil, saksama dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

06/01/2026
Selamat Tahun Baru!Tahun yang membawa kita kepada kesihatan yang lebih baik, kebahagiaan yang lebih besar, dan kesejahte...
01/01/2026

Selamat Tahun Baru!

Tahun yang membawa kita kepada kesihatan yang lebih baik, kebahagiaan yang lebih besar, dan kesejahteraan yang lebih sempurna.

Mari kita buat komitmen untuk menjaga kesihatan kita dengan lebih baik seperti:

- Makan makanan yang seimbang dan bermanfaat kepada tubuh
- Berolahraga secara teratur
- Menguruskan stres dengan relaksasi
- Tidur yang cukup dan nyenyak
- Menjaga kebersihan dan keselamatan diri

Dengan menjaga kesihatan kita, kita dapat menjalani hidup dengan lebih produktif, lebih bahagia, dan lebih bermakna.

Selamat Tahun Baru sekali lagi! Semoga kita semua mencapai impian kita dan menjalani hidup yang lebih baik dan bahagia.

TAHUN BARU, JIWA BARUSetiap permulaan bukan tentang masa, tapi tentang kesediaan jiwa.
27/06/2025

TAHUN BARU, JIWA BARU

Setiap permulaan bukan tentang masa, tapi tentang kesediaan jiwa.

Sambutan Hari Keluarga Klinik Kesihatan Triang telah berlangsung dengan meriahnya di perkarangan klinik. Insyaallah, kit...
04/01/2025

Sambutan Hari Keluarga Klinik Kesihatan Triang telah berlangsung dengan meriahnya di perkarangan klinik. Insyaallah, kita akan rancang program ini dengan lebih meriah di masa hadapan.

Tahniah kepada urusetia dan semua yg terlibat menjayakan program ini.

Majlis Perpisahan Dr Bakhtiar
12/12/2024

Majlis Perpisahan Dr Bakhtiar

*BRISKWALK NATIONAL DIABETES WORLD DAY*Tarikh :15 NOVEMBER 2024(JUMAAT)Masa    : 7.50 pagiTentatif program :7.50am - ber...
20/11/2024

*BRISKWALK NATIONAL DIABETES WORLD DAY*
Tarikh :15 NOVEMBER 2024(JUMAAT)
Masa : 7.50 pagi
Tentatif program :
7.50am - berkumpul di dataran ABC
8.00am - senamrobik
8.15am - program briskwalk di Padang Awam Triang ( Depan KK)
9.15am - Bersurai

๐ŸŒปPenyertaan semua staff KK Triang.

Pakaian : sukan

"Warga KK Triang Sihat Sokmo"

Program Bantuan Awal KecemasanSang Riang 2024Tarikh : 19 November 2024Masa : 9 pagi hingga 12 tghhariLokasi : Sang Riang...
20/11/2024

Program Bantuan Awal Kecemasan
Sang Riang 2024

Tarikh : 19 November 2024
Masa : 9 pagi hingga 12 tghhari
Lokasi : Sang Riang, Bera

Objektif Program
- Memberi pengetahuan secara teori dan praktikal mengenai teknik asas BLS kepada kakitangan dan penjaga di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang

Fasilitator

1. Dr Aidil Asyraf
2. PPP Nik Muhamad Munir
3. PPP Fadhilah
4. PPP Khairol Anuar
5. JK Baizura
6. JK Nuzurul
7. PPK Azieyah

10/10/2024

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024.

Kesihatan Mental mampu mempengaruhi kualiti kehidupan seharian, tahap pembelajaran dan produktiviti seseorang jika tidak ditangani dengan berkesan. Anda tidak berseorangan, tampillah untuk mendapatkan bantuan.

Sila hubungi Talian HEAL 15555 untuk mendapatkan khidmat bantuan sokongan kesihatan mental dan tele-kaunseling.

Talian bantuan Krisis Kesihatan Mental 15555 (Help With Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, 08:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.



Moh weh warga Beraโ•Ramai-ramai meriahkan *Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2024 Peringkat Daerah Bera* Segalany...
17/09/2024

Moh weh warga Beraโ•
Ramai-ramai meriahkan *Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2024 Peringkat Daerah Bera*

Segalanya untuk oakme je...!

๐Ÿ“ขTarikh: 28 September 2024 ( Sabtu)
๐Ÿ•–Masa : 7pagi -1 ptg
๐Ÿ›๏ธTempat: Kompleks Rakan Muda Bera

๐Ÿ“ขBanyak aktiviti dan hadiah ๐ŸŽmenarik menanti andaโ•

Pendafataran Berkhatan Pejabat Kesihatan Bera masih dibukaTerbuka untuk semua kanak - kanak 7 tahun keatas di Daerah Ber...
03/09/2024

Pendafataran Berkhatan Pejabat Kesihatan Bera masih dibuka

Terbuka untuk semua kanak - kanak 7 tahun keatas di Daerah Bera

Address

Klinik Kesihatan Triang
Teriang
28300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092555333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Triang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram