24/12/2025
https://www.facebook.com/share/1FQw8QB67s/
Dalam apa jua penilaian, kefahaman asas perlu didahulukan, terutamanya apabila istilah teknikal digunakan untuk menilai sesuatu produk.
Susulan kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan berhubung kemenangan Olive House dalam isu melibatkan Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie Plus 30x, adalah penting untuk kita menjelaskan satu istilah yang telah menimbulkan kekeliruan, iaitu lampante.
Lampante ialah kategori rasmi bagi minyak zaitun mentah yang tidak sesuai dimakan dalam bentuk asalnya.
Ia gagal melepasi piawaian sensori dan kimia sebagai minyak makanan dan tidak boleh diklasifikasikan sebagai extra virgin atau virgin olive oil.
Dalam amalan industri, minyak gred lampante perlu melalui proses penapisan (refining) bagi membuang kecacatan bau, rasa dan menurunkan keasidan.
Hanya selepas proses ini, barulah ia dikenali sebagai refined olive oil dan dibenarkan sebagai minyak makanan, itu pun dengan nilai nutrisi yang sangat rendah.
Perkara ini penting kerana extra virgin olive oil berada pada kedudukan yang sama sekali berbeza.
Extra Virgin Olive Oil (EVOO) ialah gred tertinggi minyak zaitun kerana ia:
✅ diperah secara mekanikal
✅ tidak melalui proses kimia
✅ mempunyai keasidan yang rendah
✅ mengekalkan komponen semula jadi seperti polifenol (termasuk hydroxytyrosol)
Malah, rasa pahit dan pedas (pungent) yang sering disalah anggap sebagai kecacatan sebenarnya merupakan ciri biasa minyak zaitun extra virgin yang berkualiti.
Apabila produk yang berada dalam kategori extra virgin disamakan dengan lampante, ia bukan sekadar perbezaan pandangan, tetapi berpunca daripada kekeliruan terhadap asas penggredan minyak zaitun.
Penjelasan ini dikongsikan bagi membantu pengguna menilai Olivie Plus 30x berdasarkan fakta dan piawaian sebenar, selari dengan perkara yang telah dirujuk dalam kenyataan rasmi Olive House.
Di posting seterusnya, kami akan kongsikan p**a:
👉 Bagaimana minyak zaitun extra virgin dinilai sebagai tulen daripada ujian sensori hingga analisis makmal.