Permai Polyclinics HM Solaris Tuaran

Permai Polyclinics HM Solaris Tuaran Klinik Perubatan Dan Pembedahan Di Pekan Tuaran
(5)

29/04/2026

Isi fikiran kami masa bekerja ?🤪

Good morning wednesday😃😃
28/04/2026

Good morning wednesday😃😃

28/04/2026

Riak p**a bila di puji🤪😂 jgn lupa terus support content kami 😍😘

“Baru sampai tempat percutian yang cantik, tiba-tiba kepala berdenyut. Badan rasa lemah. Perut mula loya. Malam p**a sus...
27/04/2026

“Baru sampai tempat percutian yang cantik, tiba-tiba kepala berdenyut. Badan rasa lemah. Perut mula loya. Malam p**a susah tidur."
Kalau anda baru naik ke kawasan tempat tinggi (ketinggian sekitar 2,500 meter ke atas), itu mungkin amaran badan anda sedang bergelut dengan 'Acute Mountain Sickness' (AMS).
AMS berlaku apabila badan belum sempat menyesuaikan diri dengan tekanan udara yang rendah dan paras oksigen yang sangat nipis. Otak dan paru-paru anda sedang 'terkejut' dan perlukan masa untuk belajar bernafas dalam persekitaran baru ini
Sebab itu orang yang nampak sihat, muda, dan sado pun boleh tumbang terkena AMS. Ia bukan isu stamina atau mental lemah, ia isu FIZIK.
TANDA AWAL AMS:
🏔️ Sakit kepala dan pening.
🏔️ Loya, muntah
🏔️ Cepat letih dan susah tidur.
TANDA BAHAYA KECEMASAN (RED FLAGS)
Jika pesakit mula tunjuk tanda di bawah, JANGAN 'tunggu dan lihat'. Terus turun ke altitude lebih rendah dan cari bantuan perubatan segera
🚨 Sangat keliru dan merapu.
🚨 Jalan terhuyung-hayang macam orang mabuk.
🚨 Sesak nafas walaupun sedang duduk rehat!
🚨 Batuk teruk dan bibir bertukar kebiruan.
TIPS PENCEGAHAN SEBELUM TRAVEL
✅ Naik secara perlahan-lahan. Jangan gopoh kejar 'itinerary'!
✅ Elakkan aktiviti lasak pada hari pertama dan JANGAN minum alkohol.
✅ Bincang dengan doktor perubatan untuk ubat pencegahan (seperti Acetazolamide) jika perlu, jangan pandai-pandai beli sendiri.
Gunung boleh tunggu. Gambar pemandangan mahal boleh diambil kemudian. Tapi otak dan paru-paru kita tidak boleh dipaksa. Rehat, pantau, dan turun jika makin teruk.

CREDIT TO : Public Health Malaysia

27/04/2026

Semoga gaji kami semua naik dan bonus melimpah😌 (gaji mau dekat suda kan)

Good morning 🙂
26/04/2026

Good morning 🙂

26/04/2026

Pov : Pen kesayangan hilang 🥲

Kami lampirkan jadual bertugas doktor untuk minggu hadapan (27 April sehingga 3 May) untuk rujukan para pelanggan yang k...
26/04/2026

Kami lampirkan jadual bertugas doktor untuk minggu hadapan (27 April sehingga 3 May) untuk rujukan para pelanggan yang kami kasihi. Jemput datang semua 😊

Good morning ☀️Kadang kita harap orang jadi seperti yang kita inginkan… tapi realitinya, setiap orang ada cerita, cara d...
25/04/2026

Good morning ☀️
Kadang kita harap orang jadi seperti yang kita inginkan… tapi realitinya, setiap orang ada cerita, cara dan perjalanan sendiri.

Belajar untuk terima, bukan mengubah.
Belajar untuk faham, bukan menghukum.

Bila kita lihat orang seadanya, hati jadi lebih tenang 🤍

Take care of your health, inside & out.
Have a beautiful day ahead 🌿

Sakit dada bila tekan rasa sakit balik, ramai terus lega.“Salah bantal kot.... Bukan serangan jantung kot.”Tapi di sinil...
24/04/2026

Sakit dada bila tekan rasa sakit balik, ramai terus lega.
“Salah bantal kot.... Bukan serangan jantung kot.”
Tapi di sinilah ramai orang silap.
Ya, costochondritis memang boleh sebabkan sakit dada, dan sakit itu biasanya lebih cenderung jadi tajam, sakit bila bergerak, tarik nafas dalam, baring, atau bila bahagian dada tertentu ditekan. Ia berlaku bila kawasan sambungan rusuk ke tulang dada mengalami keradangan.
Tetapi serangan jantung p**a cerita lain.
Sakitnya selalunya digambarkan seperti tekanan, himpitan, berat, atau rasa dada diperah. Ia juga boleh merebak ke lengan, leher, rahang, belakang atau perut, dan boleh datang bersama sesak nafas, loya, muntah, berpeluh, pening atau rasa sangat tak sedap badan.
Wanita juga boleh datang dengan gejala yang nampak kurang “klasik” seperti letih luar biasa, sakit belakang, atau ketidakselesaan di bahagian atas badan.
Mudah kata:
Costochondritis lebih cenderung buat orang rasa
“sakit bila gerak, tarik nafas, atau tekan tempat itu.”
Serangan jantung p**a lebih cenderung buat orang rasa
“dada ditekan, dihimpit, berat, dan badan rasa lain macam.”
Tapi jangan diagnosis sendiri.
Sebab sakit dada bukan benda yang selamat untuk diteka-teka, terutama kalau sakit itu datang tiba-tiba, tak reda, merebak, atau datang sekali dengan sesak nafas, peluh sejuk, loya, pening, atau rasa nak pitam. Dalam keadaan begitu, dapatkan bantuan kecemasan segera.
Bila dada sakit, perkara paling bahaya bukan costochondritis atau serangan jantung semata-mata.
Perkara paling bahaya ialah bila orang terlalu cepat rasa lega, lalu salah anggap benda yang serius sebagai “cuma urat” atau “cuma salah tidur”.
CREDIT TO: Public Health Malaysia

24/04/2026

Macam-macam betullah 😆

Good morning 🌤️Hidup memang penuh warna—sometimes we feel sad, sometimes we feel happy. But that’s how we learn to appre...
23/04/2026

Good morning 🌤️
Hidup memang penuh warna—sometimes we feel sad, sometimes we feel happy. But that’s how we learn to appreciate every little moment.

Today, take a moment to be grateful for the small things… the smiles, the peace, and the people who are always there for you 🤍

Semoga hari kamu dipenuhi dengan ketenangan dan kekuatan untuk keep going 💪✨

Address

Lot 25, Block D, HM Solaris, Off Berungis/Kota Belud
Tuaran
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permai Polyclinics HM Solaris Tuaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Permai Polyclinics HM Solaris Tuaran:

Share