Klinik Kesihatan Wakaf Bharu Official

Klinik Kesihatan Wakaf Bharu Official Health Promotion/ Programme in KK Wakaf Bharu

06/08/2025

Betapa pentingnya janji temu di klinik bagi memastikan penyakit yang dihadapi terkawal dengan baik

06/08/2025

Apa itu Penjagaan Pra Kehamilan (PPK)?
PPK adalah penjagaan atau intervensi yang diberikan kepada wanita di dalam umur reproduktif (15-49 tahun) sebelum berlaku kehamilan. Semua wanita yang mempunyai potensi untuk hamil dan mempunyai risiko perubatan di galakkan mendapat perkhidmatan PPK. Perkhidmatan PPK hendaklah diberikan kepada wanita-wanita ini sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum kehamilan berlaku.

20/01/2025

Hebahan makluman masalah line telefon KK Wakaf Bharu.
Bermula 18 jan, talian talifon tetap KK wakaf bharu(09-7196333) tidak fungsi kerana
telekom malaysia tidak lagi mengunakan sistem dawai lama dan perlu bertukar ke sistem fiber optic.
Jadi penaikan taraf system baru dalam proses permohonan.
Sebarang urusan boleh berurusan KKWB adalah melalui talian mudah alik bermula pagi ni 20/1/2025
sehingga diberitahu
1) 0199543421 (no telifon sementara)
2) 0199197232 (OPD oncall)
3) 0199197446 (MCH oncall)

saya akan maklum kembali sekiranya talian telah berfungsi semula

Mohon maaf atas kesulitan.
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan terima kasih.

Alhamdulillah, sedang berlangsung program Berkhatan Perdana Peringkat Klinik Kesihatan Wakaf Bharu pada 16 Januari 2025 ...
16/01/2025

Alhamdulillah, sedang berlangsung program Berkhatan Perdana Peringkat Klinik Kesihatan Wakaf Bharu pada 16 Januari 2025 bersamaan 16 Rejab 1446 Hijri

Bermula 1 Jun 2023, menerusi Inisiatif Imunisasi Catch-up Pneumokokal (CHUP), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menaw...
11/06/2023

Bermula 1 Jun 2023, menerusi Inisiatif Imunisasi Catch-up Pneumokokal (CHUP), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menawarkan pemberian vaksin pneumokokal secara percuma kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 di semua fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara.

KKM komited untuk mengesan kanak-kanak yang cicir imunisasi dan terlepas jadual imunisasi rutin bagi meningkatkan liputan imunisasi sekaligus meminimakan risiko penularan jangkitan penyakit cegahan vaksin.

Tunggu apa lagi? Jom CHUP!😊

Salam semua, Jangan lupa temujanji anda untuk Program Mesra Pelanggan pada 15 jun 2023 , khamis , dari jam 8 pagi hingga...
09/06/2023

Salam semua, Jangan lupa temujanji anda untuk Program Mesra Pelanggan pada 15 jun 2023 , khamis , dari jam 8 pagi hingga 2.30 petang di perkarangan Klinik Kesihatan Wakaf Bharu. Program akan di rasmikan oleh Menteri Besar Kelantan.
Pelbagai acara dan hadiah disediakan.
Jumpa Anda Di Sana.

Lawatan Kelab Warga Emas KK Wakaf Bharu ke Kelab Warga Emas KK Pasir Mas. Berpeluang untuk belajar cara mebentuk Kelab W...
01/06/2023

Lawatan Kelab Warga Emas KK Wakaf Bharu ke Kelab Warga Emas KK Pasir Mas.
Berpeluang untuk belajar cara mebentuk Kelab Warga Emas, serta matlamat dan halatuju kelab. Kelab Warga Emas KKB Pasir Mas, telah terbentuk sejak 20 tahun yang lepas, dan harus di contohi.
Semoga dengan usaha ini akan mengerakkan program warga emas, ke arah komuniti warga emas yang sihat, aktif dan produktif.
Terima kasih kepada Penasihat, Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Kelab Warga Emas KKB Pasir Mas yang sudi menerima lawatan dari pihak kami.
- Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman-

Address

Klinik Kesihatan Wkaf Bharu
Tumpat
16250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Wakaf Bharu Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram