BSPT IPD Tumpat Official

BSPT IPD Tumpat Official Page rasmi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan IPD Tumpat

06/12/2025

OP BERSEPADU KHAS

06 Disember 2025, BSPTD Tumpat bersama JAS (Jabatan Alam Sekitar) telah menjalankan Op Bersepadu di jalan Pasir Pekan, Tumpat.

"SELAMAT BERSAMA JSPT"

JOM SELESAIKAN SAMAN ANDA DENGAN DISKAUN 70%‼️ Peluang terbaik datang lagi! Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menawarkan...
31/10/2025

JOM SELESAIKAN SAMAN ANDA DENGAN DISKAUN 70%‼️

Peluang terbaik datang lagi!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menawarkan diskaun hebat sehingga 70% untuk semua saman trafik bermula 1 November hingga 30 Disember 2025!

💸 Jangan lepaskan peluang ini!
Bayaran boleh dibuat di semua kaunter bayaran trafik seluruh negara.

📌 Tertakluk kepada terma dan syarat.
❌Tidak termasuk saman berstatus NC (No Compound).

✅ Selesaikan saman anda sekarang dan mulakan tahun baharu tanpa beban!


Jom pakat bayar saman yang masih tertunggak dengan kadar potongan 50% untuk saman-saman trafik PDRM seluruh Malaysiah sa...
31/08/2025

Jom pakat bayar saman yang masih tertunggak dengan kadar potongan 50% untuk saman-saman trafik PDRM seluruh Malaysiah sahaja. Bayaran HANYA boleh dibuat melalui aplikasi MyBayar PDRM SAHAJA! Bermula hari ini 31 Ogos 2025 hingga 16 September 2025!

Ingat, tiada potongan harga sekiranya bayaran dibuat di kaunter-kaunter bayaran saman trafik tau. Promosi ini hanya sah di aplikasi MyBayar PDRM sahaja.

Jom kita kearah penggunaan aplikasi yang lebih mudah. Hanya dihujung jari anda sahaja!




%

KEMPEN 50 PERATUS DISKAUN SAMAN TRAFIK PDRM Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawar...
30/08/2025

KEMPEN 50 PERATUS DISKAUN SAMAN TRAFIK PDRM

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan 50% pengurangan saman trafik melalui aplikasi MyBayar PDRM dengan log masuk menggunakan MyDigital ID.

Tempoh diskaun pengurangan saman bermula 31 Ogos hingga 16 September 2025.

KHAS BUAT SEMUA MASYARAKAT DI NEGERI KELANTAN !!!Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 218 Tahun peringkat PDRM Kela...
15/06/2025

KHAS BUAT SEMUA MASYARAKAT DI NEGERI KELANTAN !!!

Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 218 Tahun peringkat PDRM Kelantan, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan menyediakan program pengurangan kadar kompaun saman trafik sebanyak 50% di semua kaunter bayaran saman trafik dalam daerah di negeri KELANTAN SAHAJA!

Bermula 23 hingga 27 Jun 2025 ini, rebut peluang untuk menjelaskan saman-saman tertunggak dengan kadar diskaun 50% hanya untuk saman yang terpilih sahaja.

JOM PAKAT BAYAR SAMAN!



%



PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALANRAYA OP SELAMAT 23 SEMPENA TAHUN BARU CINA TAHUN 2025Tarikh: 29/01/2025 (Rabu)Masa: 09...
29/01/2025

PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALANRAYA OP SELAMAT 23 SEMPENA TAHUN BARU CINA TAHUN 2025

Tarikh: 29/01/2025 (Rabu)
Masa: 0900hrs-1100hrs
Tempat: Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor (Hadapan Petronas Pasir Pekan)

Kehadiran :-
▪️YDH ACP Mohd Khairi bin Shafie, Ketua Polis Daerah Tumpat
▪️Insp Mohd Ikhwan bin Mamat, KBSPTD Tumpat
▪️1 PKP, 5 PRP BSPTD Tumpat
▪️1 PRP HEA IPD Tumpat
▪️Puan Norizah binti Ibrahim, Pengurus Petronas Pasir Pekan

Objektif :-
➖Menyantuni pengguna jalanraya yang ingin pulang bercuti supaya menjadi pengguna jalanraya yang berhemah

➖Memberi pendedahan kepada pengguna Jalanraya berkaitan persiapan sebelum dan semasa memandu dengan mengedarkan risalah berkaitan keselamatan jalanraya

➖Memberi kesedaran kepada pengguna jalanraya akan tindakan keselamatan yang perlu diambil ketika di jalanraya

➖’Show of Force’ PDRM terhadap pengguna jalanraya sepertimana slogan ‘Selamat Bersama JSPT’







28/01/2025
Gong Xi Fa Cai.. Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2025.
27/01/2025

Gong Xi Fa Cai.. Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2025.

Address

Pejabat Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tumpat
Tumpat
16200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSPT IPD Tumpat Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category