Klinik Dr Muhaimin

Klinik Dr Muhaimin PERUBATAN AM
Tumpat, Kelantan

+60104066700
+609726 0546

klinikdrmuhaimin@gmail.com

“Suami saya minta timbang berat balik, takut doktor salah kira dos ubat. Demam tak kebah-kebah lagi.”Saya faham kerisaua...
03/03/2026

“Suami saya minta timbang berat balik, takut doktor salah kira dos ubat. Demam tak kebah-kebah lagi.”

Saya faham kerisauan ibubapa bila anak demam berpanjang dengan sudah diberi ubat demam secara berkala.

Kadang-kadang perbezaan ketara dos ubat disebabkan penggunaan ubat demam berkepekatan rendah (120mg/5ml) dengan yang berkepekatan tinggi (250mg/5ml).

Pengiraan dos ubat demam saya pernah tulis dalam posting lain sebelum ini.

Kerap juga ibubapa yang terlalu obsess bila ada perbezaan berat anak dalam kuantiti yang amat kecil.

Berat asal 10kg, berat terbaru 9.8 kg sebagai contoh, ada menyebabkan ibubapa risau.
Sedangakan perbezaan yang kecil ini hanya disebabkan pakaian, pampers yang kosong atau penuh dan boleh jadi kasut yang dipakai.

Jadi sekiranya demam belum kebah, tak salah periksa balik takut dos ubat tak betul. Pada masa yang sama buat pemeriksaan darah atau swab sesuai dengan simptom pesakit.

"Ini rekod terbaru di klinik saya."Ujar saya kepada seorang pesakit.Rekod kolesterol baik (HDL) paling rendah yang saya ...
24/02/2026

"Ini rekod terbaru di klinik saya."

Ujar saya kepada seorang pesakit.

Rekod kolesterol baik (HDL) paling rendah yang saya jumpa di klinik ini, iaitu 0.3 mmol/L.

Juga rekod Cholesterol/HDL ratio paling tinggi yang saya saya pernah dapat, 19.3.

Kolesterol baik HDL sebab namanya pun 'baik' kita nak tinggi. Lagi tinggi lagi bagus untuk jantung. Bebeza dengan kolesterol jahat yang kita nakkan bacaan yang rendah.

Cholesterol/HDL ratio p**a ialah nisbah jumlah kolesterol keseluruhan (total cholesterol) dibahagi dengan kolesterol HDL.

Nisbah ini untuk menilai risiko penyakit jantung dan salur darah.

Bacaan normal ialah dibawah 3.5 tetapi pesakit ini 19.3 !

Sakit lulut.Sakit belakang.Sakit urat.Mari pisoh awal-awal. Poso tak lama.Biar sedap semye terawikh tahun ni.
17/02/2026

Sakit lulut.

Sakit belakang.

Sakit urat.

Mari pisoh awal-awal. Poso tak lama.

Biar sedap semye terawikh tahun ni.

Lapar bukan gastrik.Ramai yang beranggapan bila perut berbunyi itu gastrik. Jadi perlu kerap makan.Mitos gastrik perlu k...
17/02/2026

Lapar bukan gastrik.

Ramai yang beranggapan bila perut berbunyi itu gastrik. Jadi perlu kerap makan.

Mitos gastrik perlu kerap makan adalah tidak benar.

Makan yang betul ialah berjadual.

Makan 2 atau 3 kali sehari sudah memadai. Secara berjadual.

Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Kerap makan, kerap mengunyah (snacking) boleh menyebabkan obesiti dan kencing manis.

Gastrik p**a ialah kesakitan pada ulu hati atau kawasan perut betul-betul di bawah rusuk kiri.

17/02/2026
Peningkatan kes tibi sangat membimbangkan.Sehingga Februari sahaja ada 3 kluster di Kelantan.Sabah, Selangor dan Serawak...
16/02/2026

Peningkatan kes tibi sangat membimbangkan.

Sehingga Februari sahaja ada 3 kluster di Kelantan.

Sabah, Selangor dan Serawak mencatakan rekod kes tertinggi.

Sekiranya seseorang mengalami batuk berterusan melebihi 2 minggu, demam, kurang selera makan dan turun berat badan, bersegeralah membuat saringan tibi.

Tibi boleh dirawat. Tapi perlukan masa yang lama.

Tibi juga boleh membunuh.

“Periksa tekanan darah di rumah normal, tapi bila check di klinik tinggi.”“Mesin di klinik tu rosak. Tok molek.”Pertama ...
16/02/2026

“Periksa tekanan darah di rumah normal, tapi bila check di klinik tinggi.”

“Mesin di klinik tu rosak. Tok molek.”

Pertama kali dengar seorang pesakit bawa cerita orang kampung mesin periksa tekanan darah rosak kerana bacaan berbeza di rumah dan di klinik. Yang disalahkan mesin di klinik bukan di rumah sendiri.

Perbezaan ini biasanya disebabkan “white coat hypertension.”

Pesakit terlalu nervous bila berada di klinik.

Pun begitu ianya bukan alasan untuk menafikan pesakit ada darah tinggi.

Solusi yang biasa saya buat ialah :

1. Minta pesakit periksa tekanan darah di rumah. Catat dan seteruskan bandingkan dengan bacaan di klinik.

2. Bawa mesin yang ada di rumah. Buat pemeriksaan serentak dengan mesin yang ada di klinik.

3. Boleh juga bandingkan bacaan dengan mesin manual.

4. Periksa status mesin sama ada berdaftar dengan MDA (Malaysia device authority). Undang-undang negara kita wajibkan semua peralatan perubatan berdaftar dengan MDA bagi menjamin kualiti. Pebelian mesin murah secara online atau produk berjenama tetapi tiruan akan berikan bacaan yang tak betul.

Tajuk berita untuk menarik pembaca, tapi boleh menimbulkan anxiety.Gejala gastrik juga boleh disebabkan stress atau anxi...
04/02/2026

Tajuk berita untuk menarik pembaca, tapi boleh menimbulkan anxiety.

Gejala gastrik juga boleh disebabkan stress atau anxiety.

Simptom yang sama juga boleh disebabkan serangan jantung.

Jadi caranya bila mengalami gejala gastrik :

1. Buat ECG untuk pastikan tiada serangan jantung. Terutama bagi pesakit yg berumur.

2. Rawat anxiety sekiranya ada.

3. Rawat punca-punca @ elakkan penyebab gastrik.

4. Sekiranya ubat diambil dengan betul, tapi tiada perubahan langsung dapatkan rawatan dengan pakar untuk dibuat OGDS (suluh dalam perut).

Tidak semua gastrik itu kanser. Tapi siasatan perlu dibuat sekiranya tiada perubahan dalam rawatan.

Esok kami akan beroperasi pada sesi pagi sahaja.Sesi petang dan malam tutup.Klinik akan beroperasi seperti biasa pada ha...
28/01/2026

Esok kami akan beroperasi pada sesi pagi sahaja.

Sesi petang dan malam tutup.

Klinik akan beroperasi seperti biasa pada hari Sabtu.

“Ok kan luka mak saya doktor.”Setiap kali datang ke klinik, soalan sama yang ditanya oleh si anak.Bukan sekali. Tapi ber...
28/01/2026

“Ok kan luka mak saya doktor.”

Setiap kali datang ke klinik, soalan sama yang ditanya oleh si anak.

Bukan sekali. Tapi berkali-kali dalam satu sesi rawatan.

Apa yang dia mahu ialah jawapan “ok.”

Sekiranya jawapan saya ; “sama saja dengan yang sebelum ni.”

Atau ; “tak berapa comel luka ni.”

Soalan yang sama akan diulang-ulang untuk dapatkan jawapan ; “ok.”

Kes ini ialah kes gangrane di 3 batang jari tangan.

Pesakit datang selepas beberapa minggu mulakan rawatan di klinik lain.

Diagnosis yang sama diberikan oleh saya dan doktor klinik sebelum ini.

1. Gangrane.
2. Saluran darah tersumbat (peripheral vascular disease)

Gangrane ialah keadaan keadaan tisu badan mati disebabkan bekalan darah tidak mencukupi atau jangkitan kuman.

Biasanya terjadi pada jari kaki atau tangan.

Jari akan menjadi hitam, berbau busuk, sakit dan akhirnya terputus sekiranya gangrane kering.

Manakala gangrene basah p**a mudah untuk mendapat jangkitan kuman yang akhirnya boleh bahaya nyawa.

……

Jangan beri harapan palsu.

Mengatakan luka sudah ok dengan keadaan jari sudah hitam, tulang pada hujung jari sudah hancur semata-mata untuk menjaga hati keluarga dan pesakit hanya akan memberikan harapan palsu.

Memang pahit, tapi berita buruk tetap perlu diceritakan. Berlapik perlu, tapi sekiranya boleh menimbulkan salah faham, penerangan direct to the point lebih penting.

Sebenarnya seawal pesakit datang saya sudah berikan ‘hint’ jari sudah tak boleh diselamatkan.

Saranan saya agar dirujuk ke hospital ditolak mentah-mentah oleh si anak.

Bimbang jari kena potong.

Walaupun berkali-kali diterangkan, si anak terus ulang soalan yang sama.

“Ok kan luka mak saya.”

“Saya ingat boleh ok dengan ubat antibiotik dan ubat lancar salur darah.”

……

Antara rawatan masalah salur darah tersumbat ialah angioplasty atau stent.

Rawatan awal boleh selamatkan jari daripada makin teruk.

Tapi memberi harapan palsu kepada pesakit tidak akan sembuhkan penyakit.

Kali ini si anak keluar dengan marah ;

“Setiap kali datang mesti bergaduh dengan doktor.”

Bergaduh kerana mahukan jawapan ‘ok’ daripada saya.

“Doktor asyik suruh suruh ke hospital macam mak saya tak ada harapan.”

Pada saya, lebih baik berterus terang daripada memberi harapan palsu.

Limitasi merawat sekiranya sudah maksimum di klinik, pesakit perlu dirujuk kepada yang lebih pakar di hospital. Bukan memberi harapan palsu.

Sembuh dengan rawatan yang betul (dengan izin Allah) bukan dengan kata-kata manis.

Address

Jalan Indah 1, Terbok
Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 09:30 - 22:30
Tuesday 09:30 - 22:30
Wednesday 09:30 - 22:30
Thursday 09:30 - 22:30
Saturday 09:30 - 22:30
Sunday 09:30 - 22:30

Telephone

+60104066700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Dr Muhaimin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Dr Muhaimin:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram