23/12/2025
Team Aaira π
Terima kasih yang tak terhingga atas segala usaha dan pengorbanan menjayakan Concert Aaira. Walaupun letih, kurang sihat dan kehabisan tenaga, kalian tetap bertahan hingga akhir. Itu bukan perkara kecil, itu luar biasa.
Apa yang kalian lakukan di belakang tabir β bekerjasama, angkat barang, kemas tanpa berkira β semuanya saya nampak dan sangat hargai. Inilah bukti Aaira dibina dengan hati, bukan sekadar tugas.
Jika ada kekurangan, itu tanda kita sedang belajar dan berkembang. Percayalah, setiap usaha ikhlas ini tidak pernah sia-sia. Jika manusia tak membalas, insya-Allah Allah akan membalas dengan rezeki dan kebaikan yang berlipat ganda.
Saya bangga dengan team ini. Terima kasih kerana menjaga anak-anak dan Aaira dengan penuh kasih.
Terus kuat, terus ikhlas. Kita Team Aaira π