Hospital Al-Sultan Abdullah

Hospital Al-Sultan Abdullah Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor.

π’π€π‹π€πŒ π‰π”πŒπ€π€π“7 Syawal 1447H
27/03/2026

π’π€π‹π€πŒ π‰π”πŒπ€π€π“
7 Syawal 1447H




π‡π€π‘πˆ π“πˆππˆ π’π„πƒπ”ππˆπ€π˜ π˜¦π˜΄! 𝘞𝘦 𝘀𝘒𝘯 𝘌𝘯π˜₯ π˜›π˜‰!Sebanyak 3,161 kes tuberkulosis (tibi) direkodkan di seluruh negara sehingga Minggu ...
24/03/2026

π‡π€π‘πˆ π“πˆππˆ π’π„πƒπ”ππˆπ€
𝘠𝘦𝘴! 𝘞𝘦 𝘀𝘒𝘯 𝘌𝘯π˜₯ π˜›π˜‰!

Sebanyak 3,161 kes tuberkulosis (tibi) direkodkan di seluruh negara sehingga Minggu Epidemiologi ke-6 dengan 596 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh terbaharu pemantauan. Namun, tibi boleh dicegah dan dirawat sekiranya dikesan lebih awal.

Jalani pemeriksaan kesihatan dan dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala berikut:
i. Batuk melebihi dua minggu
ii. Susut berat badan
iii. Hilang selera makan
iv. Demam
vi. Batuk berdarah

Kami di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM sentiasa bersedia menyokong usaha pengesanan, rawatan dan pendidikan kesihatan bagi melindungi komuniti daripada penyakit ini. Yes! We can End TB β€” bertindak hari ini demi masa depan bebas TB.






𝐇𝐀𝐒𝐀 π‘π€πˆ 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝟏 π’π˜π€π–π€π‹21 Mac 2026- Suasana Hari Raya Aidilfitri lebih bermakna apabila HASA meraikan warganya y...
21/03/2026

𝐇𝐀𝐒𝐀 π‘π€πˆ 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝟏 π’π˜π€π–π€π‹

21 Mac 2026- Suasana Hari Raya Aidilfitri lebih bermakna apabila HASA meraikan warganya yang bertugas pada 1 Syawal.

Hamper kepada staf bertugas telah diserahkan oleh Profesor Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) menjalankan tugas Pengarah Hospital Al-Sultan Abdullah dan pihak pengurusan.

Pihak pengurusan turut menyerahkan hamper kepada bayi yang lahir menjelang Syawal dan sumbangan duit raya kepada pesakit di Wad Kanak-kanak 6D.

Turut diadakan, Solat Sunat Aidilfitri secara berjemaah di Surau Utama HASA.

Semoga usaha kecil ini menceriakan staf bertugas dan memupuk semangat kebersamaan.





π‡π€π‘πˆ π’πˆππƒπ‘πŽπŒ πƒπŽπ–π π’π„πƒπ”ππˆπ€π˜›π˜°π˜¨π˜¦π˜΅π˜©π˜¦π˜³ 𝘈𝘨𝘒π˜ͺ𝘯𝘴𝘡 π˜“π˜°π˜―π˜¦π˜­π˜ͺ𝘯𝘦𝘴𝘴Individu dengan Sindrom Down bukan sekadar diagnosis. Mereka adalah ...
21/03/2026

π‡π€π‘πˆ π’πˆππƒπ‘πŽπŒ πƒπŽπ–π π’π„πƒπ”ππˆπ€
π˜›π˜°π˜¨π˜¦π˜΅π˜©π˜¦π˜³ 𝘈𝘨𝘒π˜ͺ𝘯𝘴𝘡 π˜“π˜°π˜―π˜¦π˜­π˜ͺ𝘯𝘦𝘴𝘴

Individu dengan Sindrom Down bukan sekadar diagnosis. Mereka adalah sebahagian daripada keluarga, rakan dan komuniti kita yang membawa kegembiraan, keikhlasan dan kekuatan luar biasa dalam kehidupan.

Sempena Hari Sindrom Down Sedunia, marilah kita membuka ruang yang lebih luas untuk penerimaan dan empati. Kesunyian sering hadir apabila seseorang tidak dilihat atau tidak didengar. Sedangkan sedikit perhatian, sokongan dan peluang boleh memberi makna yang besar dalam hidup mereka.

Selari dengan tema 'Together Against Loneliness', marilah kita berdiri bersama membina masyarakat yang penyayang dan menghargai setiap perbezaan. Kerana tiada siapa sepatutnya merasa terpinggir dan setiap insan berhak untuk dihargai, diterima dan diraikan.






20/03/2026

π“π€πŠππˆπ‘ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

Allahu akbar! Allahu akbar! Walillahilham

Takbir bergema memuji Yang Esa tanda kesyukuran atas kesempatan meraikan lebaran.




π’π€π‹π€πŒ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆGemersik takbir mengundang hiba,Syawal yang dinanti telah pun tiba.Aidilfitri bukan sekadar perayaan yan...
20/03/2026

π’π€π‹π€πŒ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ

Gemersik takbir mengundang hiba,
Syawal yang dinanti telah pun tiba.

Aidilfitri bukan sekadar perayaan yang diraikan dengan gembira, ia adalah tanda kemenangan melawan nafsu selepas sebulan menempuh madrasah Ramadan. Namun, kemenangan ini tidak seharusnya bersifat sementara, ia perlu diteruskan dengan istiqamah dalam beribadah sebagai tanda kecintaan kita kepada Allah.

Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang kesinambungan amalan melalui puasa enam di bulan Syawal. Daripada Abu Ayyub Al-Ansari R.A. bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
β€œBarang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.”
(Sahih Muslim No: 1984)

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kepada seluruh warga UiTM.
Raikan Syawal dengan penuh kesyukuran dan istiqamah melakukan kebaikan.





20/03/2026

Dari satu jabatan ke satu jabatan,
terkumpul ucapan penuh keikhlasan 🀍

Kami di Hospital Al-Sultan Abdullah mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™




π’π€π‹π€πŒ π‰π”πŒπ€π€π“30 Ramadan 1447H
20/03/2026

π’π€π‹π€πŒ π‰π”πŒπ€π€π“
30 Ramadan 1447H




19/03/2026

Mari beramai-ramai mengimarahkan Solat Sunat Hari Raya Aildil Fitri di Surau Utama HASA pada 1 Syawal. 🀲🏻 πŸŒ™




19/03/2026

Salam Ramadan al-Mubarak.
Jom kita dengarkan informasi dan panduan untuk kekal sihat sepanjang Ramadan.





Address

Hospital Al-Sultan Abdullah
Universiti Teknologi Mara
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Al-Sultan Abdullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Al-Sultan Abdullah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category