Northcloud Ambulance Service

Northcloud Ambulance Service Breaking Through Clouds, Saving Lives. We're here when you need us! ๐Ÿš‘๐Ÿ’š Follow us on Instagram: https://instagram.com/northcloud_healthcare?utm_medium=copy_link

Northcloud Ambulance provides patient transfer services, discharge/TCA appointments, medical standby, first aid/CPR, home care procedures, and medical equipment rental.

Bukan setakat penghantaran atau duduk tepi, paramedik kita ada kerja2 klinikal yang tertentu perlu dilakukan, tak kira i...
06/01/2026

Bukan setakat penghantaran atau duduk tepi, paramedik kita ada kerja2 klinikal yang tertentu perlu dilakukan, tak kira itu kes kecemasan ataupun bukan kecemasan





PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

๐Ÿš‘ APA PPP BUAT DALAM AMBULANS? BUKAN SEKADAR DUDUK TEPI PESAKIT!

SIREN BERBUNYI, NYAWA DI PERTARUHKAN! KAMI PPP MALAYSIA DEDAHKAN APA YANG BERLAKU DI DALAM AMBULANS SEMASA KAMI BERGEGAS KE HOSPITAL!

Salam Sejahtera, Warga Prihatin Malaysia!

Ramai orang awam melihat ambulans memecut laju dengan siren yang bingit, lalu terdetik di hati: "Cepatlah sampai ke hospital, kesian pesakit di dalam." Namun, tahukah anda bahawa rawatan hospital sebenarnya telah pun bermula sebaik sahaja pintu ambulans ditutup?

Pernahkah anda terfikir, apa yang dilakukan oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di belakang ambulans? Adakah kami hanya menunggu sehingga sampai ke hospital?

Jawapannya: TIDAK. Ruang belakang ambulans adalah "Hospital Kecil" dan โ€œZon Merahโ€bergerak. Di situlah rawatan kritikal bermula bagi memastikan pesakit sampai ke hospital dalam keadaan stabil. Inilah tugas berat yang dilakukan oleh seorang PPP secara bersendirian (standalone) di ruang belakang.

Di dalam ruang sempit yang bergegar itu, seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) memikul tanggungjawab yang amat besar. Kami adalah perawat pertama terlatih di lapangan yang melakukan prosedur medikal secara bersendirian (standalone) di mana kami perlu berinteraksi kepada pesakit, waris, orang awam dan keadaan persekitaran.

Mari kami huraikan satu persatu tugas kritikal yang dilakukan oleh seorang PPP di dalam ambulans:

1. DETEKTIF KLINIKAL: INVESTIGASI

Sebelum sebarang ubat disentuh, PPP bertindak sebagai penyiasat utama. Di lapangan, kami tidak mempunyai mesin X-ray, jadi kami bergantung kepada:

โ€ข Teknik IPPA (Kemahiran Klinikal):

โ€ข Inspection (Lihat): Kami mencari tanda "bruising" (lebam), corak pernafasan yang tidak sekata, atau tanda "Tracheal Deviation" (kedudukan kerongkong lari dari tengah).

โ€ข Palpation (Rasa): Kami memeriksa seluruh badan mangsa untuk mencari "Crepitus" (bunyi tulang bergesel) atau perut yang keras (peritonitis) akibat pendarahan dalaman.

โ€ข Percussion (Ketuk): Kami mengetuk dada. Bunyi "dull" (padat) bermaksud ada darah (Hemothorax), bunyi "hyper-resonant" (kosong) bermaksud ada udara terperangkap (Pneumothorax).

โ€ข Auscultation (Dengar): Menggunakan stetoskop untuk memastikan kemasukan udara seimbang di kedua-dua peparu.

โ€ข FAST Ultrasound (Teknologi Sonografi):

โ€ข PPP melakukan imbasan Ultrasound pada 4 kawasan kritikal: sekitar jantung (pericardium), hati, limpa, dan pundi kencing. Jika imbasan menunjukkan cecair hitam, itu adalah darah. Maklumat ini "menyelamatkan" pesakit kerana pakar bedah akan segera memanggil pasukan ke dewan bedah sebelum ambulans sampai lagi.

2. PENGURUSAN PERNAFASAN LANJUTAN (Advance Airway)

Oksigen adalah makanan otak. PPP memastikan bekalan ini tidak terputus kepada pesakit:

โ€ข NIV (Non-Invasive Ventilation): Bagi pesakit sesak nafas kronik (seperti kegagalan jantung, COPD atau paru paru berair (APO)), kami menggunakan mesin ventilator mudah alih dengan tekanan tinggi oksigen dan tekanan udara tanpa memasukkan tiub ke dalam tekak. Ini rawatan awal bagi mengeluarkan cecair dalam paru paru di samping membanth membuka saluran dan mengembangkan paru paru pesakit.

โ€ข Advanced Airway & Suction: Jika mangsa tidak sedar, lidah boleh jatuh ke belakang dan menyekat pernafasan. PPP akan memasang Oropharngeal Airway (OPA) atau jika perlu tiub (Intubasi) dan menggunakan high-power suction untuk menyedut muntah atau darah agar mangsa tidak "lemas" di atas darat di samping LMA bagi kes kes โ€œdifficult airwayโ€.

โ€ข Nebuliser: Memberikan ubat melalui wap untuk membuka saluran paru-paru yang tersumbat akibat serangan asma atau reaksi alergik yang teruk.

3. PROSEDUR 'LIFE-SAVING' (PROSEDUR PENYELAMAT NYAWA)

Ini adalah saat-saat kritikal yang memerlukan kecekapan dan ketepatan:

โ€ข Needle Thoracocentesis (Needle Decompression): Apabila udara terperangkap dalam dada (Tension Pneumothorax), tekanan udara akan menghimpit jantung sehingga jantung tidak boleh mengepam darah. PPP akan menusuk jarum bersaiz besar ke dalam dada untuk melepaskan tekanan tersebut. Bunyi angin keluar dari jarum itu bermakna nyawa mangsa sedang diselamatkan.

โ€ข CPR & Defibrillation: Jika jantung terhenti, PPP melakukan CPR berkualiti tinggi dan menganalisis rentak jantung melalui mesin Defibrillator. Kami memberikan kejutan elektrik (Shock) mengikut keperluan sains perubatan untuk "reset" semula jantung pesakit dengan harapan degupan jantung pesakit dapat di kembalikan.

4. PENGURUSAN TRAUMA & IMOBILISASI (MENSTABILKAN MANGSA)

Bagi mangsa kemalangan jalan raya atau kes kes trauma, setiap pergerakan yang salah boleh menyebabkan kecacatan kekal. Kami berpegang kepada prinsip "Do No Further Harm":

โ€ข Cervical Collar: Kami kunci leher mangsa. Kenapa? Kerana satu pergerakan salah pada tulang leher yang patah boleh memotong saraf tunjang dan menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup.

โ€ข Pelvic Binder: Patah tulang pinggul boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang sangat hebat (boleh cecah 2 liter darah dalam beberapa minit). PPP memasang alat pengikat khas untuk "menutup" pendarahan tersebut dari luar.

โ€ข Splinting: Menstabilkan patah tulang panjang (tangan/kaki) untuk mengurangkan kesakitan dan menghalang serpihan tulang tajam daripada memotong urat saraf dan salur darah utama.

5. RAWATAN INVASIF & UBATAN KRITIKAL

Mencari urat dalam ambulans yang sedang memecut laju memerlukan kemahiran dan kesabaran luar biasa:

โ€ข IV Access & Normal Saline: Kami memasang jarum urat untuk memasukkan cecair bagi "mengisi" semula tekanan darah mangsa renjatan (Shock).

โ€ข IV Dextrose: Memberikan keajaiban pada pesakit kencing manis yang pengsan akibat kurang gula. Dengan sekali suntikan Dextrose pekat melalui urat, pesakit boleh terus sedar dan bercakap kembali.

โ€ข Ubat Kecemasan: PPP memberikan ubat seperti ubat serangan jantung, ubat sawan, ubat allergic penahan sakit dan sebagainya mengikut protokol klinikal yang di benarkan.

6. KOMUNIKASI KRITIKAL DENGAN 'ED' ATAU MECC (KOORDINASI MEDIKAL)

PPP adalah jambatan antara lapangan dan hospital. Sambil tangan bekerja, mulut PPP akan berkomunikasi melalui radio atau telefon dengan hospital tujuan. Kami melaporkan status mangsa agar zon merah hospital sudah dikosongkan dan sedia menerima pesakit sebaik sahaja tayar ambulans berhenti.

โ€ขATMIST Reporting: Kami menghubungi MECC atau Jabatan Kecemasan (ED) menggunakan format ATMIST dalam menyampaikan maklumat dan Impresi awal tentang pesakit.

โ€ข Persediaan Awal: Kami melaporkan hasil FAST Ultrasound dan ECG. Jika mangsa perlukan pembedahan atau "Zon Merah", pasukan trauma hospital akan sudah bersedia di pintu masuk. Ataupun pesakit STROKE, CT Scam akan bersedia menerima pesakit. Koordinasi ini memastikan rawatan tidak terhenti walau sesaat pun.

7. SENTUHAN KEMANUSIAAN (SOKONGAN EMOSI)

Di sebalik ubat dan mesin, ada jiwa manusia yang PPP sematkan dalam perawatan kami. Di sebalik peralatan canggih, sentuhan kemanusiaan adalah "ubat" yang sangat penting. Pesakit yang sedar selalunya berada dalam keadaan sangat trauma dan takut.:

โ€ข Psikologi Kecemasan: Mangsa selalunya berada dalam ketakutan yang luar biasa. PPP akan menggenggam tangan mereka, mengekalkan hubungan mata, dan memberikan kata-kata semangat.

โ€ข Kata-kata seperti "Sabar ya encik, kami ada dengan anda, kita dah nak sampai," bukan sekadar bicara, tetapi ia memberi kekuatan mental kepada pesakit untuk terus bertahan

โ€ข Sokongan emosi ini bukan sahaja menenangkan fikiran mangsa, tetapi secara klinikalnya membantu menurunkan kadar hormon stres (Adrenalin) yang seterusnya membantu menstabilkan denyutan jantung mereka.

MESEJ KHAS DARI KAMI PPP MALAYSIA

Semua dia atas adalah sebahagian yang kami lakukan, lebih banyak lagi yang kami lakukan di dalam ambulans untuk di kongsikan.

Bekerja di unit pra hospital memerlukan ketenangan dan kemahiran yang luar biasa. Kami melakukan semuanya daripada menusuk jarum ke dada, melakukan imbasan Ultrasound, sehinggalah CPR dan komunikasi hospital SECARA SENDIRIAN di ruang belakang. Di samping mengawal keadaan persekitaran, waris dan orang awam.

Apabila anda memberi laluan kepada ambulans, anda sebenarnya sedang memberi PPP 'ruang dan ketenangan' untuk menyelamatkan nyawa tersebut. Tanpa kerjasama anda, tugas kami menjadi berganda lebih sukar.

Beri laluan, beri peluang untuk mereka pulang ke pangkuan keluarga! ๐Ÿ™

๐ŸฅŠ MEDICAL STANDBY | TEMASYA MUAY THAI KEDAH ๐Ÿฉบ๐Ÿš‘Our medical team was on full standby during the TEMASYA Muay Thai Kedah at...
27/12/2025

๐ŸฅŠ MEDICAL STANDBY | TEMASYA MUAY THAI KEDAH ๐Ÿฉบ๐Ÿš‘

Our medical team was on full standby during the TEMASYA Muay Thai Kedah at Riverfront City, in collaboration with medical team from Pantai Hospital Sungai Petani and team paramedic from Angkatan Tentera Malaysia, a strong collaboration ensuring the safety and well-being of athletes, officials, and spectators throughout the competition.

From 300 participants pre-fight assessments to ringside emergency response, our team remained alert and prepared for any situation โ€” because in combat sports, safety always.

๐Ÿš‘ Successful Transfer of ICB Patient to Pantai Hospital PenangWe are pleased to share the successful transfer of an ICB ...
26/12/2025

๐Ÿš‘ Successful Transfer of ICB Patient to Pantai Hospital Penang

We are pleased to share the successful transfer of an ICB patient to the receiving hospital for further management.

The operation was carried out smoothly with close coordination between the ambulance crew, medical team, and receiving hospital staff. Continuous monitoring, clear communication, and adherence to established protocols ensured the patientโ€™s safety and stability throughout the journey.

This successful transfer reflects the dedication, teamwork, and professionalism of everyone involved in delivering timely and quality pre-hospital care.

๐Ÿ‘ Thank you to all personnel for your commitment and swift response in ensuring the best outcome for the patient.

25/12/2025

Another critical mission pulled off by the team.
Always putting full effort on every patientโ€™s journey, keep up the great work team!

โš ๏ธ ๐—–๐—ผ๐—ฑ๐—ฒ ๐—ฌ๐—ฒ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„: ๐—˜๐˜…๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐——๐—ฟ๐—ถ๐—น๐—น ๐—ถ๐—ป ๐—”๐—ฐ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป!We are proud to be invited by Pantai Hospital Laguna Merbok - PHLM as ...
22/11/2025

โš ๏ธ ๐—–๐—ผ๐—ฑ๐—ฒ ๐—ฌ๐—ฒ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„: ๐—˜๐˜…๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐——๐—ฟ๐—ถ๐—น๐—น ๐—ถ๐—ป ๐—”๐—ฐ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป!

We are proud to be invited by Pantai Hospital Laguna Merbok - PHLM as their strategic pre-hospital care partner for a crucial Code Yellow (External Disaster) Drill. This intensive exercise is vital for strengthening emergency response protocols and seamless inter-agency teamwork.

At Northcloud Ambulance, our role was to respond quickly to a simulated real-world motor vehicle accident scenarios, ensuring a swift response, professional on-scene management, coordinated handover and also integrated response from the field to the hospital doors. Drills like these are the bedrock of true preparedness, and we are honored to stand alongside Pantai Hospital in their commitment to community safety.

Ready when it matters most. ๐Ÿ’ช



A day of powerful impact! On 19th November 2025, we joined forces with our strategic partners Pantai Hospital Sungai Pet...
21/11/2025

A day of powerful impact! On 19th November 2025, we joined forces with our strategic partners Pantai Hospital Sungai Petani and Pantai Hospital Laguna Merbok - PHLM for a landmark corporate symposium aimed at bolstering emergency readiness.

With 50 companies represented, we moved beyond theory and into action, facilitating hands-on sessions in life-saving CPR and AED operation. Equipping individuals with the confidence to act in a crisis is at the core of our mission.

Proud to be part of a initiative that builds a safer, more prepared community, one heartbeat at a time.

My AED4U


Sejak tahun 2020, pasukan kami memberikan sokongan yang konsisten kepada KKM MERS 999 sebagai salah satu pasukan respons...
21/11/2025

Sejak tahun 2020, pasukan kami memberikan sokongan yang konsisten kepada KKM MERS 999 sebagai salah satu pasukan respons utama yang berdedikasi untuk pelbagai jenis kecemasan perubatan.

Kemarin, pasukan kami memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan dengan memberi rawatan awal dan hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (FB Rasmi HSAH)untuk rawatan yang selanjutnya.


๐Ÿšจ ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐ŸšจUntuk sementara waktu, selain nombor 999, anda boleh hubungi nombor-nombor berikut jika m...
18/11/2025

๐Ÿšจ ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿšจ

Untuk sementara waktu, selain nombor 999, anda boleh hubungi nombor-nombor berikut jika memerlukan bantuan kecemasan perubatan di sekitar Negeri Kedah Darul Aman:

๐Ÿ“ž 011 5899 1584
๐Ÿ“ž 04 735 0136

Simpan nombor ini untuk rujukan, kongsi dengan keluarga dan rakan.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
18 Nov 2025

16/11/2025

Liputan perubatan untuk Gatorade MVP 3x3 Basketball Tour 2025
Korang fokus main, kami team medik fokus jaga ๐Ÿ’ฏ ๐Ÿ€

Sistem Kecemasan Negara Next Generation Malaysian Emergency Response Services (NG-MERS) 999 akan mula beroperasi pada 16...
15/11/2025

Sistem Kecemasan Negara Next Generation Malaysian Emergency Response Services (NG-MERS) 999 akan mula beroperasi pada 16 November 2025.

Orang awam digalakkan memuat turun aplikasi SaveME 999 bagi memudahkan penghantaran maklumat kecemasan secara tepat dan pantas.

Muat Turun Aplikasi SaveME 999:

๐Ÿ“ฑ Android (Google Play Store)
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.saveme999

๐Ÿ“ฑ iOS (Apple App Store)
https://apps.apple.com/my/app/saveme-999/id6748721853

Another busy day for our EMS crew..Emergency transfer a stroke patient from GH to Island Hospital Penang . Time is gold,...
25/10/2025

Another busy day for our EMS crew..
Emergency transfer a stroke patient from GH to Island Hospital Penang . Time is gold,we provide professional medical services and fast response to prevent delay of treatment๐Ÿค—

Call usโžก๏ธNorthcloud Ambulance Services

๐Ÿ“Padang MPSPKโšฝ๏ธKUALA MUDA F.A vs MPKPMedical coverage for sport eventWe ensure the match can held smoothly and safelyTha...
25/10/2025

๐Ÿ“Padang MPSPK
โšฝ๏ธKUALA MUDA F.A vs MPKP
Medical coverage for sport event
We ensure the match can held smoothly and safely
Thank you for trusting our service๐Ÿคฉ



Address

Sungai Petani

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Northcloud Ambulance Service posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Northcloud Ambulance Service:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram