23/03/2023
World Optometry Day
| Hari Optometri Sedunia
| 23.03.2023
Hari Optometri Sedunia mengetengahkan bukan sahaja Optometri sebagai profesion penjagaan kesihatan, tetapi, turut mengetengahkan sumbangan Optometri sebagai satu profesion yang menyokong akses kepada penjagaan kesihatan mata sebagai hak asasi manusia.
Tema sambutan pada tahun ini:
Expanding Optometry's Role... The Time Is Now!
| Memperluaskan Peranan Optometri... Inilah Masanya!
Ini untuk menyokong akses kepada penjagaan mata dan memastikan Optometrist mempunyai pendidikan dan kemahiran untuk berkembang maju dan menyumbang di dalam sistem penjagaan kesihatan.
Matlamatnya untuk menjadikan penjagaan mata mudah diakses, saksama, mampu milik dan berkesan.
Perkhidmatan Optometri merangkumi:
- Klinik Optometri Primer
- Klinik Kanta Lekap
- Klinik Penglihatan Binokular
- Klinik Pediatrik
- Klinik Penglihatan Terhad
Pemeriksaan mata oleh Optometrist tidak terhad kepada rabun semata-mata, tetapi, merangkumi penglihatan pusat, medan penglihatan, penglihatan warna, penglihatan binokular, penglihatan terhad, kanta lekap, kesihatan bahagian depan mata, kesihatan bahagian belakang mata dan bekerjasama dengan Ophthalmologist untuk kes-kes yang memerlukan ubat dan pembedahan mata serta pemeriksaan dan pengurusan pesakit sebelum dan selepas rawatan.
Kami menyeru anda untuk melakukan pemeriksaan mata komprehensif secara berkala sekurang-kurangnya setiap tahun dan hadir janji temu susulan yang ditetapkan oleh Optometrist dan Ophthalmologist anda. Ini penting untuk memastikan status kesihatan, penglihatan dan rawatan mata anda.
Kami Profesion Penjagaan Mata Anda.
Kami Ambil Berat Tentang Mata Anda.