PutraMed Clinics

PutraMed Clinics ๐ŸŽ—๏ธSEBA Award 2023 โ€œBest In Medical Industryโ€ โ˜Ž๏ธ Call for any inquiries.

๐Ÿฉธ PROMOSI KHAS BULAN NOVEMBER DI PUTRAMED CLINICS MEROTAI! ๐ŸฉธBerita baik untuk warga Merotai dan kawasan sekitar! Sepanja...
07/11/2025

๐Ÿฉธ PROMOSI KHAS BULAN NOVEMBER DI PUTRAMED CLINICS MEROTAI! ๐Ÿฉธ

Berita baik untuk warga Merotai dan kawasan sekitar! Sepanjang bulan November ini, anda boleh dapatkan ujian darah dengan harga promosi hanya RM45 sahaja! ๐Ÿ˜

๐Ÿ“… Hari: Isnin hingga Rabu
๐Ÿ•— Masa: 8.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿฅ Lokasi: Putramed Clinics Merotai

Peluang terbaik untuk pantau tahap kesihatan anda, termasuk gula, kolesterol dan fungsi buah pinggang, dengan harga mampu milik. Jangan tunggu sampai sakit baru nak tahu cegah lebih baik daripada merawat! ๐Ÿ’ช

๐Ÿ“ Datang awal, dan dapatkan pemeriksaan anda sepanjang promosi ini berlangsung.

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut, hubungi kami atau datang terus ke Putramed Clinics Merotai.

โœจ Sihat Bersama Kami โ€” Healthy with Us! โœจ

โœจ Salam Jumaat, Bersama Jaga Kesihatan โœจUsia bukan alasan untuk berhenti menjaga diri. Mulakan dengan langkah kecil minu...
07/11/2025

โœจ Salam Jumaat, Bersama Jaga Kesihatan โœจ

Usia bukan alasan untuk berhenti menjaga diri. Mulakan dengan langkah kecil minum air cukup, rehat yang cukup, dan buat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

๐Ÿ’š Nikmati hidup sihat, bukan tunggu sakit baru mahu bertindak.

๐Ÿ“ Dapatkan pemeriksaan kesihatan anda di Putramed Clinics, kerana setiap usia layak untuk sihat.

โœจ Wellness Wednesday: Bila Tekanan Kerja Dah Mula Jejas KesihatanKerja memang penting, tapi kesihatan lebih utama. Ramai...
05/11/2025

โœจ Wellness Wednesday: Bila Tekanan Kerja Dah Mula Jejas Kesihatan

Kerja memang penting, tapi kesihatan lebih utama. Ramai tak sedar stres di tempat kerja boleh memberi kesan besar pada jantung, tidur dan emosi.

Tekanan berterusan boleh menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, tekanan darah meningkat, dan gangguan tidur yang akhirnya menjejaskan prestasi serta hubungan harian.

๐Ÿ’ก Tip mudah untuk urus stres kerja:
1. Ambil rehat pendek 5 minit setiap jam untuk tarik nafas dan tenangkan minda.
2.Lakukan regangan ringan di meja kerja bagi melancarkan peredaran darah.
3. Minum air secukupnya, dehidrasi boleh tingkatkan stres tanpa kita sedar.

Jaga diri sebelum stres jadi penyakit.

๐Ÿฉต Kalau stres dah mula jejaskan badan, dapatkan pemeriksaan tekanan darah & kesihatan umum di Putramed Clinics.

๐ŸŽ“โœจ Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2025!Kami di Putramed Clinics ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon ...
03/11/2025

๐ŸŽ“โœจ Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2025!

Kami di Putramed Clinics ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon SPM 2025!

Inilah masa untuk membuktikan usaha dan semangat yang telah anda bina selama ini. Ingat, kejayaan bukan hanya tentang markah tetapi tentang disiplin, ketabahan dan kesihatan diri.

๐Ÿ’ก Tips Kesihatan Ketika Peperiksaan:
1๏ธโƒฃ Cukup Tidur โ€“ Pastikan tidur sekurang-kurangnya 7 jam agar otak lebih fokus.
2๏ธโƒฃ Sarapan Pagi โ€“ Jangan skip sarapan! Ambil makanan tinggi protein dan rendah gula seperti telur, roti gandum atau buah-buahan.
3๏ธโƒฃ Minum Air Secukupnya โ€“ Elak dehidrasi yang boleh sebabkan mengantuk dan kurang tumpuan.
4๏ธโƒฃ Rehat Sekejap Antara Ulang Kaji โ€“ Otak perlukan โ€˜reset timeโ€™ untuk kekal segar.
5๏ธโƒฃ Jaga Emosi dan Doa โ€“ Tenangkan diri, banyakkan berzikir dan doa kepada Allah agar dipermudahkan segalanya ๐Ÿค

Kami doakan semua calon SPM sentiasa sihat, tenang dan dipermudahkan dalam setiap kertas peperiksaan.

Ingat, kesihatan yang baik adalah kunci kepada minda yang cerdas.

๐Ÿ“Dari kami di Putramed Clinics
โœจ Sihat Bersama Kamiโ€ฆ Healthy With Us! โœจ

๐Ÿฉบ Jadual Doktor Mingguan (3 November โ€“ 9 November 2025)Minggu baharu, semangat baharu untuk terus menjaga kesihatan anda...
03/11/2025

๐Ÿฉบ Jadual Doktor Mingguan (3 November โ€“ 9 November 2025)

Minggu baharu, semangat baharu untuk terus menjaga kesihatan anda! ๐Ÿ’ช

Dapatkan rawatan bersama barisan doktor berpengalaman kami di Putramed Clinics di semua cawangan.

โœจ Istimewa Minggu Ini!
Peluang buat warga Merotai untuk mendapatkan rawatan bersama
Dr. Suriany, Pengarah Putramed Clinics yang turut bertugas di Cawangan Putramed Merotai minggu ini! ๐ŸŒธ

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu beliau bagi sesi konsultasi, pemeriksaan kesihatan, atau nasihat perubatan menyeluruh.

๐Ÿ“ž Hubungi kami untuk temujanji dan maklumat lanjut!

โœจ Sihat Bersama Kamiโ€ฆ Healthy With Us! โœจ

๐ŸŒŸ Langkah Baharu Kerjasama Kesihatan & Keselamatan Negara! ๐ŸŒŸKami di Putramed Clinics berbesar hati menerima kunjungan ra...
02/11/2025

๐ŸŒŸ Langkah Baharu Kerjasama Kesihatan & Keselamatan Negara! ๐ŸŒŸ

Kami di Putramed Clinics berbesar hati menerima kunjungan rasmi YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri pagi tadi.

Lawatan ini bukan sekadar kebetulan, ia menjadi asas kepada jalinan kerjasama strategik antara pihak klinik swasta dan Kementerian Dalam Negeri, ke arah memperkukuh peranan bersama dalam memastikan kesihatan dan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Apakah bentuk kerjasama yang bakal dijalin? ๐Ÿค
Sama-sama kita nantikan langkah seterusnya!

โœจ Sihat Bersama Kamiโ€ฆ Healthy With Us! โœจ

โœจ Jumaat Mubarak โœจSelama 14 tahun, Putramed Clinics terus berdiri dengan satu niat, menyembuh dengan ilmu, berkhidmat de...
31/10/2025

โœจ Jumaat Mubarak โœจ

Selama 14 tahun, Putramed Clinics terus berdiri dengan satu niat, menyembuh dengan ilmu, berkhidmat dengan ikhlas.

Semoga setiap usaha menjadi pahala, dan setiap pesakit yang sembuh menjadi doa yang menguatkan perjalanan ini.โ€ ๐ŸŒฟ๐Ÿค

๐Ÿฅ PUTRAMED CLINICS โ€” Kini Lebih Dekat Dengan Anda!Sejak beroperasi pada tahun 2011, Putramed Clinics komited memberikan ...
30/10/2025

๐Ÿฅ PUTRAMED CLINICS โ€” Kini Lebih Dekat Dengan Anda!

Sejak beroperasi pada tahun 2011, Putramed Clinics komited memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat di Tawau dan sekitarnya.

Kini, anda boleh mendapatkan rawatan di 4 cawangan utama kami yang mudah diakses dan selesa:

๐Ÿ“ Putramed Dunlop โ€“ Cawangan pertama kami, lokasi asal penuh sejarah & kepercayaan pelanggan.
๐Ÿ“ Putramed Perdana Square โ€“ Terletak di tengah kawasan Jalan Apas, mudah diakses untuk urusan harian anda.
๐Ÿ“ Putramed Balung โ€“ Pilihan ideal untuk penduduk kawasan perumahan yang padat dan pesat membangun.
๐Ÿ“ Putramed Merotai โ€“ Cawangan terbaru dengan kemudahan moden dan suasana mesra pesakit.

๐Ÿ’š Di mana pun anda berada, Putramed sentiasa dekat untuk menjaga kesihatan anda dan keluarga.

๐Ÿ“ž Dapatkan rawatan, ubat & nasihat kesihatan dari doktor berpengalaman hari ini โ€” Klinik dibuka setiap hari!

๐ŸŽ‰ Ulang Tahun Ke-14 Putramed Clinics ๐ŸŽ‰๐Ÿ“… 28 Oktober 2011 โ€” 28 Oktober 2025Alhamdulillah, genap 14 tahun perjalanan Putram...
28/10/2025

๐ŸŽ‰ Ulang Tahun Ke-14 Putramed Clinics ๐ŸŽ‰
๐Ÿ“… 28 Oktober 2011 โ€” 28 Oktober 2025

Alhamdulillah, genap 14 tahun perjalanan Putramed Clinics dalam memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat Tawau dan sekitarnya.

Bermula daripada sebuah cawangan kecil di Jalan Dunlop pada tahun 2011, kini Putramed Clinics terus berkembang dengan cawangan baharu di Perdana Square, Balung dan Merotai serta pelbagai perkhidmatan yang lebih menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat.

Setiap langkah yang kami capai adalah hasil kepercayaan para pesakit, dedikasi barisan doktor dan staf, serta sokongan komuniti tempatan yang tidak pernah putus.

Selama 14 tahun ini, matlamat kami kekal sama menyediakan rawatan yang berkualiti, mesra dan mampu milik untuk setiap keluarga.

Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Bersama kita terus melangkah ke hadapan menuju masa depan kesihatan yang lebih baik.

Putramed Clinics โ€” Prihatin Kesihatan Anda, Sepanjang Usia.

DOKTOR BERTUGAS MINGGU INIHai semua! โœจMau tahu siapa doktor yang akan bertugas minggu ini di Putramed Clinics?๐Ÿ“… Tarikh: ...
27/10/2025

DOKTOR BERTUGAS MINGGU INI

Hai semua! โœจMau tahu siapa doktor yang akan bertugas minggu ini di Putramed Clinics?

๐Ÿ“… Tarikh: 27 Oktober โ€“ 2 November 2025

Kami sedia membantu anda dengan penuh perhatian & kasih sayang, sama ada untuk rawatan umum, pemeriksaan kesihatan, atau nasihat perubatan.

Datanglah ke cawangan kami bila-bila masa, kami sentiasa di sini untuk anda โค๏ธ

๐Ÿ’†โ€โ™€๏ธ Cara Kawal Stres Semasa HamilKehamilan sepatutnya jadi masa yang indah, tapi kadang-kadang, perubahan hormon, kelet...
26/10/2025

๐Ÿ’†โ€โ™€๏ธ Cara Kawal Stres Semasa Hamil

Kehamilan sepatutnya jadi masa yang indah, tapi kadang-kadang, perubahan hormon, keletihan, dan kebimbangan boleh buat ibu rasa tertekan tanpa sedar.
Sedikit stres itu normal, tapi jika berlarutan boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

Jadi, macam mana nak kawal stres semasa hamil? ๐Ÿคฐโœจ

๐ŸŒฟ 1. Luangkan masa untuk diri sendiri
Tak salah untuk โ€˜pauseโ€™ sekejap. Dengar muzik tenang, baca buku, atau duduk minum air suam sambil bernafas perlahan. Ibu pun perlukan rehat emosi ๐Ÿ’š

๐Ÿง˜โ€โ™€๏ธ 2. Amalkan senaman ringan
Berjalan perlahan, regangan lembut, atau yoga prenatal dapat bantu keluarkan hormon endorfin, hormon gembira yang bantu lawan stres.

๐Ÿ’ฌ 3. Kongsi perasaan dengan pasangan atau rakan
Jangan pendam. Bercakap tentang apa yang dirasai boleh bantu lepaskan beban di hati. Sokongan emosi sangat penting untuk ibu mengandung.

๐Ÿ•Š๏ธ 4. Kurangkan pendedahan kepada tekanan luar
Elak berita negatif atau media sosial yang buat risau. Fokus pada perkara yang menggembirakan, bayi anda sedang membesar dengan sihat.

๐ŸŽ 5. Jaga makan dan tidur cukup
Kurang tidur atau nutrisi tak seimbang boleh tingkatkan stres. Cuba tidur awal dan makan makanan segar yang kaya zat besi dan protein.

๐Ÿ’š Ingat: Ibu yang tenang akan melahirkan bayi yang sihat dan ceria.
Kehamilan bukan perlumbaan tapi perjalanan indah yang perlu dinikmati perlahan-lahan.

๐Ÿ“Jika ibu alami stres berpanjangan, rasa cemas, atau sukar tidur, dapatkan nasihat doktor di Putramed Clinics.

Pasukan kami sedia membantu anda kekal sihat, tenang, dan bersedia menyambut si kecil dengan senyuman ๐ŸŒธ

๐Ÿ“ž Hubungi kami untuk temujanji atau pertanyaan lanjut.
Putramed Clinics, Prihatin Kesihatan Anda, Sepanjang Usia.

Ibu-Ibu Kena Buat Aktiviti Ini !Ibu mengandung digalakkan melakukan aktiviti ringan setiap hari bagi menjaga kesihatan d...
25/10/2025

Ibu-Ibu Kena Buat Aktiviti Ini !

Ibu mengandung digalakkan melakukan aktiviti ringan setiap hari bagi menjaga kesihatan diri dan perkembangan bayi.

Antara aktiviti mudah yang sesuai termasuklah berjalan santai selama 20โ€“30 minit, senaman regangan ringan atau prenatal yoga untuk melancarkan peredaran darah dan kurangkan sakit belakang, serta latihan pernafasan bagi membantu persediaan melahirkan.

Aktiviti seperti mengemas ringan di rumah, berenang perlahan, dan berzikir atau meditasi tenang juga baik untuk kestabilan emosi.

Pastikan setiap aktiviti dilakukan secara perlahan, elakkan pergerakan kasar, minum air mencukupi, dan berhenti segera jika terasa letih.

Konsistensi lebih penting daripada intensiti cukup dengan gerakan lembut setiap hari untuk bantu tubuh kekal sihat, bertenaga dan lebih bersedia menghadapi kelahiran.

๐Ÿ“Dapatkan nasihat pemakanan ibu hamil di Putramed Clinics kami sedia membantu anda melalui kehamilan dengan lebih sihat dan selamat.

Address

No. 10, Jalan Dunlop
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+6089750900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PutraMed Clinics posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to PutraMed Clinics:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram