07/03/2023
Bayi yang menyusu secara eksklusif tak perlu air tambahan. Susu ibu mengandungi 88% air yang mencukupi untuk bayi.
Kesan beri air kosong/ air masal kepada bayi
‼️ Menyingkirkan lapisan perlindungan yang telah dibina oleh susu ibu pada usus bayi dan menyebabkan bayi terdedah kepada pelbagai jangkitan dan alergi.
‼️ Water intoxication atau berlebihan air menyebabkan bayi kenyang air dan tidak mahu menyusu.
‼️ Mengganggu penyusuan di mana bayi kurang menyusu, lalu menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas.
‼️Kurang zat makanan. Berat badan menurun
‼️Membebankan ginjal bayi yang belum matang untuk memprosesnya.
Setakat nak cuci mulut tiada masalah, bukan memberi air kosong dengan sudu atau botol susu.