Aafiyat Menuju Baitullah

Aafiyat Menuju Baitullah Persediaan ke Tanah Suci bukan hanya tentang kewangan, dokumen dan pakaian ihram, tapi juga tentang stamina, pemakanan dan ketenangan hati.

Aafiyat Menuju Baitullah : Bimbingan rohani dan gaya hidup sihat menuju panggilan Ilahi.

Rasulullah ﷺ sendiri mengajar kita untuk berdoa agar tubuh, pendengaran dan penglihatan sentiasa berada dalam keadaan si...
30/01/2026

Rasulullah ﷺ sendiri mengajar kita untuk berdoa agar tubuh, pendengaran dan penglihatan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Kerana kesihatan bukan perkara kecil.
Ia adalah asas kepada ibadah yang khusyuk dan sempurna.

Di Tanah Suci,
kita perlukan tubuh yang kuat,
kaki yang tahan berjalan,
dan tenaga yang mencukupi untuk tawaf, saei dan ibadah harian.

🤲 Doa ini diajar Nabi ﷺ untuk dibaca setiap pagi dan petang. Ini bukti bahawa menjaga kesihatan juga adalah sunnah.

Rasulullah ﷺ biasa membaca doa ini setiap pagi dan petang sebanyak tiga kali.

🕋 Kerana tubuh yang sihat membantu kita beribadah dengan lebih sempurna.


Kaki Kuat, Ibadah Lebih TenangDi Tanah Suci, ibadah bukan sekadar doa dan zikir.Ia juga menuntut langkah yang jauh dan b...
28/01/2026

Kaki Kuat, Ibadah Lebih Tenang
Di Tanah Suci, ibadah bukan sekadar doa dan zikir.
Ia juga menuntut langkah yang jauh dan berulang.
Ramai yang bersemangat di awal perjalanan, tetapi mula bergelut apabila kaki melecet, lenguh dan keletihan.
Hakikatnya, kaki yang kuat membantu kita terus beribadah tanpa perlu kerap berehat atau menahan sakit.
Latih kaki sebelum berangkat.
Pilih kasut yang betul.
Jaga pemakanan dan hidrasi.
Dan berjalanlah dengan tenang ketika tawaf dan saei.
Kerana di Tanah Suci, tenang itu menjimatkan tenaga dan kesabaran itu memanjangkan langkah.
Aafiyat Menuju Baitullah mengajar kita,
ibadah yang konsisten bermula dengan tubuh yang dijaga.

💚 Simpan posting ini sebagai persediaan
💚 Kongsikan dengan keluarga & sahabat yang bakal ke Tanah Suci
💚 Semoga setiap langkah kita dipermudahkan dan diterima Allah
_______________________________
Ayuh Follow & Like Media sosial Aafiyat Menuju Baitullah di:
>>> FB : https://www.facebook.com/aafiyatmenujubaitullah
>>> IG : https://www.instagram.com/aafiyatmenujubaitullah/
>>> TT : https://www.tiktok.com/



Jangan Biarkan Badan Menjadi Penghalang IbadahRamai berangkat ke Tanah Suci dengan niat yang baik,tetapi terpaksa bereha...
23/01/2026

Jangan Biarkan Badan Menjadi Penghalang Ibadah
Ramai berangkat ke Tanah Suci dengan niat yang baik,
tetapi terpaksa berehat panjang di hotel kerana badan tumbang lebih awal. Bukan sebab ibadah terlalu berat, tetapi kerana kesihatan diabaikan.
>>Minum air sejuk ketika badan masih panas.
>>Memaksa diri lakukan umrah berkali-kali tanpa rehat.
>>Berada dalam kawasan sesak tanpa perlindungan.
Kesannya bukan kecil.
Apabila badan jatuh sakit,
ibadah terhenti walaupun hati masih ingin meneruskan.
Di Tanah Suci, sihat itu bukan kelebihan, tetapi keperluan. Menjaga kesihatan bukan tanda kita mengurangkan ibadah, tetapi tanda kita mahu konsisten beribadah hingga akhir perjalanan.
Aafiyat Menuju Baitullah mengajar kita satu perkara:
jaga tubuh sebagaimana kita menjaga niat.
💚 Simpan posting ini sebagai peringatan
💚 Kongsikan dengan keluarga & sahabat yang bakal ke Tanah Suci
💚 Semoga Allah pelihara kesihatan kita, agar ibadah dapat disempurnakan
___________________
Ayuh Follow & Like Media sosial Aafiyat Menuju Baitullah di:
>>> FB : https://www.facebook.com/aafiyatmenujubaitullah
>>> IG : https://www.instagram.com/aafiyatmenujubaitullah/
>>> TT : https://www.tiktok.com/
Aafiyat Menuju Baitullah
Bimbingan rohani dan gaya hidup sihat menuju panggilan Ilahi.




Di Tanah Suci, peluang untuk bersedekah terbuka luas.Namun memberi tanpa ilmu, boleh menghilangkan ketenangan dan adab d...
16/01/2026

Di Tanah Suci, peluang untuk bersedekah terbuka luas.
Namun memberi tanpa ilmu, boleh menghilangkan ketenangan dan adab dalam ibadah.
Sedekah bukan sekadar soal jumlah, tetapi cara memberi, niat di hati dan tertib pelaksanaannya.
Apabila kita bersedekah dengan hikmah, kita bukan sahaja membantu orang lain, tetapi menjaga kesucian ibadah kita sendiri.
💚 Simpan posting ini sebagai panduan
💚 Kongsikan dengan rakan dan keluarga yang bakal ke Tanah Suci
💚 Semoga setiap sedekah kita diterima dan diberkati Allah
___________________
Ayuh Follow & Like Media sosial Aafiyat Menuju Baitullah di:
>>> FB : https://www.facebook.com/aafiyatmenujubaitullah
>>> IG : https://www.instagram.com/aafiyatmenujubaitullah/
>>> TT : https://www.tiktok.com/
Aafiyat Menuju Baitullah
Bimbingan rohani dan gaya hidup sihat menuju panggilan Ilahi.



Tanah Suci adalah tempat ibadah, namun sebagai jemaah, kita tetap perlu berwaspada.Bukan untuk menakutkan, tetapi untuk ...
15/01/2026

Tanah Suci adalah tempat ibadah, namun sebagai jemaah, kita tetap perlu berwaspada.
Bukan untuk menakutkan, tetapi untuk melindungi ketenangan ibadah kita sendiri.
Ramai jemaah terleka kerana menyangka semua yang datang membantu itu ikhlas, sedangkan ada yang mengambil kesempatan atas keletihan dan keghairahan kita beribadah.
Berilmu sebelum berangkat, berhati-hati sepanjang ibadah agar setiap langkah menuju Baitullah kekal dalam Aafiyat.
💚 Simpan posting ini sebagai peringatan
💚 Kongsikan dengan keluarga & rakan yang bakal ke Tanah Suci
💚 Semoga Allah pelihara perjalanan ibadah kita semua
___________________
Ayuh Follow & Like Media sosial Aafiyat Menuju Baitullah di:
>>> FB : https://www.facebook.com/aafiyatmenujubaitullah
>>> IG : https://www.instagram.com/aafiyatmenujubaitullah/
>>> TT : https://www.tiktok.com/
Aafiyat Menuju Baitullah
Bimbingan rohani dan gaya hidup sihat menuju panggilan Ilahi.



Ramai yang sampai ke Tanah Suci dengan hati yang bersedia.Tapi bila masuk hari ke-2 atau ke-3 tawaf dan saei, mula rasa ...
13/01/2026

Ramai yang sampai ke Tanah Suci dengan hati yang bersedia.
Tapi bila masuk hari ke-2 atau ke-3 tawaf dan saei, mula rasa kaki melecet, lenguh dan sakit.
Akhirnya fokus ibadah terganggu.
Hakikatnya, menjaga tubuh juga sebahagian daripada amanah ibadah.
Sebelum tawaf dan saei, lakukan beberapa persediaan ringkas ini
supaya kaki kekal selesa dan ibadah dapat dilakukan dengan lebih tenang.
✨ Kaki dijaga, langkah dipermudahkan.
✨ Tubuh disokong, hati lebih khusyuk.
Menuju Baitullah bukan sekadar perjalanan rohani, tetapi juga gaya hidup sihat yang menyokong ibadah.

Raudah adalah taman dari taman Syurga.Di sinilah doa diangkat, air mata mengalir dan hati diuji antara sabar atau gopoh....
12/01/2026

Raudah adalah taman dari taman Syurga.
Di sinilah doa diangkat, air mata mengalir dan hati diuji antara sabar atau gopoh.

Namun untuk memasukinya, kita bukan hanya perlukan booking dan mengikut jadual, tetapi ilmu, disiplin dan juga pengurusan emosi diperlukan.
TERKINI : Arab Saudi telah menetapkan jadual dan aturan yang jelas bagi waktu kunjungan ke Raudhah, bukan untuk menyukarkan, tetapi untuk menjaga keselamatan, memberi keselesaan dan kekhusyukan jutaan jemaah yang datang dari seluruh dunia.
Apabila kita patuh pada masa dan aliran yang ditetapkan,
kita sedang melatih hati untuk tunduk, bahawa ibadah bukan ikut kehendak kita, tetapi ikut aturan yang Allah izinkan.
Bersedialah lebih awal dengan:
✔️ Senaraikan doa
✔️ Utamakan taubat dan keampunan
✔️ Doakan ibu bapa, pasangan, anak-anak
✔️ Akhiri dengan doa agar istiqamah beribadah selepas pulang
Masuk ke Raudah dengan hati yang sudah bersedia,
bukan dengan fikiran yang masih mencari-cari.
Tips Berlama-lama di Raudah (Tanpa Mengganggu Jemaah Lain)

Di Raudah, bukan bilangan rakaat yang dinilai, tetapi kekhusyukan hati.

1) Panjangkan sujud
– Sujud adalah saat paling dekat antara hamba dan Allah SWT.
– Boleh juga selepas beri salam selepas solat sunat, sujud lagi dan berdoalah di dalam sujud dengan lebih lama

2) Ringkaskan pergerakan, bukan niat
– Tidak perlu banyak solat sunat
– Cukup satu solat dengan sujud dan doa yang panjang

3) Jaga adab & kesabaran
– Raudah bukan tempat berebut
– Ketenangan kita adalah hadiah untuk jemaah lain
Aafiyat menuju Baitullah bukan sekadar tubuh yang sihat,
tetapi hati yang bersedia, emosi yang terjaga dan ibadah yang beradab ketika bersesak-sesak di Raudhah.
💚 Simpan posting ini sebagai rujukan
💚 Kongsikan dengan rakan yang bakal ke Madinah
💚 Semoga setiap langkah kita menuju Raudah dan Baitullah
dipenuhi Aafiyat, ketenangan dan keberkatan



Ramai sangka persediaan ke Baitullah hanya pada pakaian, doa dan jadual. Hakikatnya, tubuh kita juga perlu dipersiapkan....
31/12/2025

Ramai sangka persediaan ke Baitullah hanya pada pakaian, doa dan jadual. Hakikatnya, tubuh kita juga perlu dipersiapkan.
Di sana, setiap langkah adalah ibadah.
Setiap pusingan tawaf menuntut stamina.
Setiap langkah sa’i perlukan kudrat dan kesabaran.
Tubuh badan yang bersedia membantu hati lebih khusyuk.
Nafas yang terjaga memudahkan zikir berpanjangan.
Tenaga yang cukup memudahkan ibadah dilaksanakan dengan selesa.
Pergi sebagai tetamu Allah, usah biarkan keletihan mengganggu nikmat ibadah.

Ramai yang pulang dari umrah selalu akan berkongsi gambar semasa berada di tanah suci.Jarang yang kongsi perkara kecil y...
30/12/2025

Ramai yang pulang dari umrah selalu akan berkongsi gambar semasa berada di tanah suci.
Jarang yang kongsi perkara kecil yang betul-betul mengubah diri ketika beribadah.
Bacaan Subuh tanpa qunut.
Sujud sajadah pada pagi Jumaat.
Solat jenazah hampir setiap waktu.
Azan Subuh berkumandang dua kali.
Semua ini bukan untuk diperdebatkan tapi untuk difahami dan dipersiapkan.
Kerana umrah bukan sekadar perjalanan fizikal,
ia adalah latihan aafiyat:
✔️ Aafiyat tubuh — supaya kuat berdiri dan sujud
✔️ Aafiyat minda — supaya tak keliru bila berbeza
✔️ Aafiyat hati — supaya tenang menerima perbezaan dan sunnah

Semakin kita bersedia, semakin sedikit kejutan dan semakin khusyuk setiap ibadah.

📌 Simpan post ini.
📌 Kongsi dengan yang bakal ke Tanah Suci.

Kerana persediaan yang baik adalah sebahagian daripada ibadah itu sendiri.

Di sisi belakang Masjid Nabawi, terdapat sebuah hotel yang menjadi saksi jutaan langkah para tetamu Allah yang bakal men...
29/12/2025

Di sisi belakang Masjid Nabawi, terdapat sebuah hotel yang menjadi saksi jutaan langkah para tetamu Allah yang bakal menutup tirainya selepas 40 tahun.
Hotel Oberoi Madinah akan menamatkan operasi pengurusannya bermula 1 Januari 2026.
Setiap perjalanan menuju Baitullah
bukan sekadar tentang tempat menginap,
tetapi tentang persediaan dan keaafiyatan tubuh badan, ketenangan jiwa dan rohani agar ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Moga setiap langkah kita ke Tanah Suci
sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang terbaik.

Ramai yang nak ke Tanah Suci dah memang bersedia dari segi luaran : Pakaian, jadual, doa dan lain-lain lagi.Tapi ada sat...
29/12/2025

Ramai yang nak ke Tanah Suci dah memang bersedia dari segi luaran : Pakaian, jadual, doa dan lain-lain lagi.
Tapi ada satu perkara yang selalu terlepas pandang, apa yang dibawa oleh hati.
Di Tanah Suci, niat menentukan nilai setiap langkah.
Lisan menentukan berat atau ringannya perjalanan.
Sabar menentukan sama ada penat itu mendidik atau melelahkan.
Dan akhlak menentukan bagaimana kita hadir di hadapan manusia dan Allah SWT.
Bukan semuanya perlu diucapkan.
Bukan semuanya perlu ditegaskan.
Ada masanya, diam lebih menjaga ibadah.
Sesak itu pasti.
Penat itu realiti.
Tapi di situlah peluang untuk belajar redha, belajar memberi ruang
dan belajar menjadi hamba yang lebih tenang.
Pergi ke Tanah Suci bukan sekadar mahu sampai dan beribadah, tetapi mahu pulang dengan hati yang lebih terjaga.
Jaga yang ini,
Insya-Allah yang lain akan menyusul.

Tawaf bermula di rukun Hajarul Aswad, tapi hati dan minda kita seharusnya sudah bermula jauh sebelum kaki melangkah ke M...
19/12/2025

Tawaf bermula di rukun Hajarul Aswad, tapi hati dan minda kita seharusnya sudah bermula jauh sebelum kaki melangkah ke Masjidil Haram.
Ramai yang selalu abaikan perkara ini.
Sebelum putaran pertama, pastikan diri telah bersedia bukan sekadar fizikal, tapi juga niat dan fokus. Tarik nafas, lepaskan gangguan duniawi, simpan telefon dan segala yang boleh mencuri perhatian. Biar setiap langkah bermakna, setiap doa lebih dekat ke hati.
Kerana tawaf bukanlah hanya kita berjalan berpusing mengelilingi Kaabah, tapi untuk hati kita hadir sepenuhnya kepada Allah SWT dengan aurat terjaga, hati tenang dan niat yang ikhlas.

Address

مكة, السعودية
Mecca
24231

Opening Hours

Monday 8:30am - 6pm
Tuesday 8:30am - 6pm
Wednesday 8:30am - 6pm
Thursday 8:30am - 6pm
Friday 8am - 5:30pm

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aafiyat Menuju Baitullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Aafiyat Menuju Baitullah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram