Al Furqan Muslim Funeral Service

Al Furqan Muslim Funeral Service Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Al Furqan Muslim Funeral Service, Funeral service & cemetery, 60 Paya Lebar Road #06-28 Paya Lebar Square, Singapore.

Bismillah

We provide Muslim Funeral Services according to the Sunnah for:
👶 Miscarried & Stillborn Babies
🧒 Children
🧓 Adults
We accept all conditions:-
☑️ accident cases
☑️ chronic illnesses
☑️ infectious diseases (such as HIV/TB)
📲+65 80613171

Dear Servants of Allah,In Islam, preparing the deceased is a fardhu kifayah, which is a  communal obligation that must b...
14/04/2026

Dear Servants of Allah,

In Islam, preparing the deceased is a fardhu kifayah, which is a communal obligation that must be fulfilled with sincerity, care and according to the Sunnah.

At Al Furqan Muslim Funeral Service, we uphold the guidance of the Prophet ﷺ who said: “Hasten with the funeral…” This reflects the mercy of Islam where a righteous soul is swiftly returned to its Lord, while delaying unnecessarily only increases burden upon the living. At the same time, Islam permits flexibility for valid reasons, such as confirming necessary details or allowing more people to attend the Solat Jenazah.

Our service balances expediency with precision, ensuring every ghusl, kafan, solat jenazah and islamic burial is carried out correctly, respectfully and in full accordance with the Sunnah.

In moments of grief and the loss of a loved one, Al-Furqan Muslim Funeral Service is here to assist families across Singapore in performing Fardhu Kifayah according to the Qur'an and Sunnah.

 📞 Contact us at +65 8061 3171 for trusted guidance and 24/7 assistance.

09/04/2026

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,

Masih ramai yang keliru atau rasa takut nak sertai solat jenazah sebab tak hafal doa yang panjang. Padahal, ia adalah Fardu Kifayah dan peluang terakhir kita berbakti kepada saudara se-Islam.

Marilah semak tatacara solat jenazah sesuai sunnah.
1. Takbir Pertama: Baca Surah Al-Fatihah
Selepas takbiratul ihram, kita mulakan dengan membaca Ummul Kitab. Ini adalah rukun yang tidak boleh ditinggalkan.
2. Takbir Kedua: Selawat Ke Atas Nabi ﷺ
Baca selawat Ibrahimiyah (seperti dalam tahiyat akhir).
“Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad...”
3. Takbir Ketiga: Doa Khusus Untuk Si Mati
Inilah keutamaan solat jenazah. Doakan keampunan dan rahmat untuknya:
“Allahummaghfir lahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu...”
(Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia).
4. Takbir Keempat: Doa Tambahan & Salam
Selepas takbir keempat, anda boleh terus memberi salam atau membaca doa:
“Allahumma la tahrimna ajrahu wala taftinna ba’dahu...”
(Ya Allah, janganlah Engkau halangi kami dari pahalanya dan janganlah Engkau fitnah kami selepanya).
5. Salam: Boleh dilakukan sekali (ke kanan sahaja) atau dua kali (kanan & kiri) mengikut Sunnah yang sahih.

Poin yang penting: Tiada Doa Berjemaah Selepas Solat

Menurut pemahaman para sahabat dan ulama Salaf, Nabi ﷺ tidak pernah melakukan doa khusus secara berjemaah selepas salam solat jenazah. Doa yang paling mustajab adalah semasa di dalam solat tersebut (pada takbir ketiga & keempat).

Solat jenazah adalah syafaat bagi si mati. Semakin ramai yang solat dengan cara yang benar dan ikhlas, semakin besar peluang si mati mendapat rahmat Allah SWT.

📞 Al-Furqan Muslim Funeral Service | +65 8061 3171

📍Menyediakan Perkhidmatan Jenazah Sesuai Sunnah untuk Komuniti Muslim di Singapura

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,Allah menegaskan bahwa tujuan hidup dan mati adalah sebagai ujian untuk melihat sia...
08/04/2026

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,

Allah menegaskan bahwa tujuan hidup dan mati adalah sebagai ujian untuk melihat siapa yang paling "Ahsanu 'Amala", yakni yang paling baik amalnya. Baik di sini bukan sekadar banyak, tetapi yang paling ikhlas dan paling sesuai dengan tuntunan sunnah.

Jika sepanjang hidup kita berjuang untuk memberikan "amal terbaik" kepada Allah, maka tutuplah lembaran hidup dengan pengurusan jenazah yang diredhai-Nya. Ini adalah pelengkap sempurna bagi perjalanan seorang hamba.

Pastikan kita dan keluarga memahami perlunya pengurusan jenazah yang mengikut sunnah, agar apabila saat waktu itu tiba, segalanya berjalan di atas jalan yang dicintai Allah.

Di saat hiba dan kehilangan orang yang tersayang, hubungi Al-Furqan Muslim Funeral Service untuk membantu sempurnakan Fardhu Kifayah sesuai Al-Qur'an dan Sunnah.

📞 Hubungi kami di: +65 8061 3171

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,Hari demi hari, kita sibuk mengejar dunia, mengejar kemewahan, kesenangan dan kemah...
05/04/2026

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,

Hari demi hari, kita sibuk mengejar dunia, mengejar kemewahan, kesenangan dan kemahuan yang tiada penghujung.

Sering kita lupa, setiap detik yang kita lalui adalah pinjaman dan ajal pasti akan tiba.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Ingatlah, pemutus segala kenikmatan yakni maut.” (Riwayat Abu Dawud & At-Tirmidzi, hadis sahih)

Apabila saat itu tiba, harta tidak dapat menyelamatkan, pangkat tidak memberi perlindungan dan kenikmatan dunia hanya tinggal kenangan.
Henti sejenak, renungkan hidup dan matlamat kita.
Apakah kita sudah sediakan bekalan untuk akhirat?

Dan apabila saat itu tiba,
pastikan urusan jenazah kita diurus dengan cara yang diredhai Allah.

Hubungi kami, Al-Furqan Muslim Funeral Service di +65 8061 3171 untuk pengurusan jenazah sesuai sunnah di Singapura.

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,Ketika kita membaca doa di takbir-3 ini,Renungkanlah...Suatu hari nanti…kita p**a y...
02/04/2026

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,

Ketika kita membaca doa di takbir-3 ini,
Renungkanlah...
Suatu hari nanti…kita p**a yang akan terbaring
dan orang lain akan berdiri mendoakan kita.
Soalnya…
adakah kita sudah bersedia untuk menjadi “yang didoakan”?

Lihat betapa lembutnya permintaan doa ini.

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, rahmatilah dia, lindungilah dia, dan maafkanlah dia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah dia dengan air, salju, dan air yang sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya (di dunia) dengan rumah yang lebih baik (di akhirat), serta gantilah keluarganya (di dunia) dengan keluarga yang lebih baik (di akhirat), dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam surga dan lindungilah dia dari fitnah kubur dan siksa api neraka).” (HR. Muslim no. 963)

29/03/2026
Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,Kita seringkali terlalu sibuk merencanakan masa depan yang belum tentu kita miliki,...
28/03/2026

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,

Kita seringkali terlalu sibuk merencanakan masa depan yang belum tentu kita miliki, hingga lupa bahwa setiap masa, setiap detik adalah pinjaman yang boleh ditarik bila-bila saja.

Jangan tunggu esok untuk beramal soleh,
kerana esok hanyalah sebuah kemungkinan,
sedangkan kematian adalah sebuah kepastian

Apabila saat itu tiba…
pastikan urusan terakhir kita diurus
dengan cara yang diredhai Allah,
dan benar-benar mengikut Sunnah.

Hubungi kami.
Al-Furqan Muslim Funeral Service
📞 +65 8061 3171

🇸🇬

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,Ibadah bukan hanya ketika kita sihat, muda atau senang. Ia adalah untuk seumur hidu...
27/03/2026

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,

Ibadah bukan hanya ketika kita sihat, muda atau senang. Ia adalah untuk seumur hidup, berterusan hingga ke nafas terakhir.

Apabila orang tersayang kita pergi…
dan kita juga pasti akan menyusul,
bagaimana mereka diuruskan,
bagaimana mereka dimandikan, dikafankan,
disolatkan dan dikebumikan,
semuanya wajib tunduk kepada syariat Allah,
bukan kepada adat, kebiasaan atau tekanan manusia.

Namun hakikatnya…apabila kematian berlaku,
emosi sering mengatasi ilmu.
Kita lebih risau: “apa kata orang…”
daripada kita bertanya: “apa yang Allah redha?”
Sedangkan ini adalah saat kita mengembalikan orang tersayang kita kepada Allah dengan cara yang Allah redhai, mengikut Sunnah Nabi ﷺ.

Bukan masa untuk ikut budaya.
Bukan masa untuk memenuhi kehendak manusia.
Tanya diri kita…
Kita tahu tujuan hidup adalah untuk beribadah kepada Allah.
Kita hidup untuk Allah. Kita mati hanya untuk Allah.
Maka… bukankah pengurusan kematian kita juga perlu kerana Allah?

Ini bukan sekadar amanah terakhir…
ini adalah ibadah terakhir.

Apabila orang tersayang kembali kepada Allah,
hubungi Al-Furqan Muslim Funeral Service.

Kami sedia membantu anda dan keluarga
memastikan setiap urusan jenazah dijalankan dengan ilmu, amanah dan mengikut Sunnah.

26/03/2026

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,

Secara ringkasnya, talqin berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud mengajar, membimbing atau menuntun.

Tujuan utama Mentalqin adalah untuk memastikan ucapan terakhir si pesakit adalah pengakuan tauhid kepada Allah dan melindunginya daripada gangguan syaitan yang cuba merosakkan akidah di akhir hayat.

Talqin cukup dilakukan sekali sahaja. Ia tidak perlu diulang-ulang secara berterusan kerana dikhuatiri akan merimaskan atau membebankan pesakit. Talqin hanya diulang jika pesakit bercakap perkara lain selepas ditalqinkan.

Secara umum, sesiapa sahaja yang berada di samping pesakit yang sedang nazak disunnahkan untuk melakukan talqin. Jikalau ada ahli keluarga terdekat atau orang-orang yang disenangi oleh pesakit dan faham cara mentalqin dengan lembut, maka talqinkanlah si pesakit.

Matlamat akhir Mentalqin adalah bukan sekadar gerak lidah, tetapi agar hati si pesakit benar-benar tertumpu hanya kepada Allah semasa menghembuskan nafas terakhir.

Allahu 'alam

📞 Hubungi kami, Al-Furqan Muslim Funeral Service di +65 8061 3171 untuk panduan dan bantuan mengenai pengurusan jenazah di Singapura.

📍Menyediakan Perkhidmatan Jenazah Sesuai Sunnah untuk Komuniti Muslim di Singapura

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,Tanya diri kita…Adakah cara hidup kita sekarang mencerminkan seorang hamba yang ben...
25/03/2026

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman,

Tanya diri kita…
Adakah cara hidup kita sekarang mencerminkan seorang hamba yang benar-benar beribadah?
Kerana sering kali, cara kita mati adalah cerminan kepada cara kita hidup.
Jika benar matlamat hidup kita adalah ibadah,
maka saat kita kembali kepada Allah nanti, kita berharap untuk kembali dalam keadaan sedang beribadah.

Dan di saat itulah…
Pengurusan jenazah bukan sekadar urusan dunia,
tetapi ibadah terakhir yang dilaksanakan
oleh kita, atau oleh mereka yang menguruskan kita.
Pastikan ia dilakukan dengan cara yang benar, dengan
mengikut Sunnah, tanpa tambahan, tanpa pengurangan.

Kerana ini bukan sekadar amanah terakhir…
ini adalah ibadah terakhir.

Al-Furqan Muslim Funeral Service sedia membantu anda dan keluarga memastikan setiap urusan jenazah dijalankan mengikut Sunnah.

🇸🇬

Dear Servants of Allah, True love for the Prophet ﷺ is found in following his Sunnah. We often express this love through...
24/03/2026

Dear Servants of Allah,

True love for the Prophet ﷺ is found in following his Sunnah. We often express this love through our words, but when the heart is heavy with loss, love is proven through action.

When it is time to fulfill the Fardhu Kifayah for those we hold dear, every choice matters. This is their final right upon us.

Al-Furqan Muslim Funeral Service carries this Amanah with the utmost care. We ensure every step—from Ghusl to Burial—is carried out strictly in accordance with the Sunnah.

Because the greatest gift we can give the departed is to return them to Allah through the guidance of His Prophet ﷺ.

📞 Al-Furqan Muslim Funeral Service | +65 8061 3171

📍 Serving the Muslim Community across Singapore with Fardhu Kifayah services, according to the Qur'an and Sunnah.

Address

60 Paya Lebar Road #06-28 Paya Lebar Square
Singapore
409051

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Furqan Muslim Funeral Service posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share