29/11/2025
Terima kasih dan tahniah kepada 60 orang peserta yang telah menjayakan webinar βManual Therapy vs Therapeutic Exercise: Selecting the Optimal Treatment Approachβ pada 27 November 2025.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Masniwati yang mengemudi sesi sebagai moderator dengan begitu teratur dan penuh karisma, serta En. Sahar Sulaiman atas perkongsian ilmu klinikal yang padat, jelas dan sangat relevan dengan amalan fisioterapi semasa.
Ucapan ribuan terima kasih juga buat AJK penganjur yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran program dari awal hingga akhir. Dedikasi kalian adalah kunci utama kejayaan siri webinar ini.
Semoga ilmu yang diperoleh hari ini menjadi manfaat berterusan kepada peserta dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan fisioterapi.
Nantikan Series 2 tidak lama lagi!