14/03/2022
π ππ’π©π¬ π¦ππ§π ππ¦πππ₯π’π€ππ§ π¬ππ¦ππ§π ππ ππ©πππ’π₯π π‘π’π₯ππ§π π¦π¨ππ’π―ππ¬π’ ππ’ πππ¦π©ππ π€ππ«π£π
1. Tulis sebab anda hilang motivasi
Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran sehingga anda hilang semangat itu. Tulis dan fikirkan solusi yang terbaik supaya anda boleh βback on trackβ.
2. Berkomunikasi dengan rakan sekerja
Cari rakan sekerja yang boleh dipercayai. Bercakap atau bercerita tentang masalah kita kepada orang lain mampu membuat kita rasa sedikit lega.
3. Cabar diri anda
Untuk mengembalikan semangat kerja anda, cabar diri anda untuk menyiapkan kerja itu dalam masa yang tertentu. Kebiasaannya mungkin ada mengambil masa setengah hari untuk siapkan kerja itu tetapi kali ini cabar diri untuk siapkan dalam masa beberapa jam sahaja.
4. Ingat semula kisah manis sewaktu anda bekerja
Kenangan manis yang dirasa setiap orang adalah berbeza. Apabila anda ingat semula kisah-kisah itu, insyaallah anda akan kembali semangat untuk mencapai lebih daripada.
5. Raikan kejayaan anda walaupun kecil
Walaupun orang kata βeleh macam ni pon nak celebrateβ, jangan pedulikan. Hanya kita yang tahu perasaan kita dan raikanlah ia mengikut kemampuan anda.
6. Cipta suasana kerja yang seronok
Jauhi suasana kerja yang βtoksikβ dan cipta suasana yang seronok. Tidak perlu terlalu memikirkan sikap orang lain jika ia menyebabkan kita hilang semangat untuk bekerja.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim