Eja Confinement Helper -Pembantu Berpantang dengan Tropikal HERBS

  • Home
  • Yemen
  • Kedah
  • Eja Confinement Helper -Pembantu Berpantang dengan Tropikal HERBS

Eja Confinement Helper -Pembantu Berpantang dengan Tropikal HERBS Servis Kami:-
- Kelas Antenatal (Sebelum, Semasa dan Selepas Kelahiran)
- Bantu proses berpantang
- Konsultasi
- Bercukur dll

16/01/2022
24/03/2021
22/03/2021
Follow instagram
21/03/2021

Follow instagram

πŸ†ƒπŸ…ΈπŸ…ΏπŸ†‚ πŸ…ΌπŸ…΄πŸ…ΌπŸ…ΈπŸ…»πŸ…ΈπŸ…· πŸ…ΏπŸ…°πŸ…³ πŸ…±πŸ…΄πŸ†πŸ†‚πŸ…°πŸ…»πŸ…ΈπŸ…½Memandangkan ramai yang borong pad untuk kegunaan masa berpantang seolah nak berniaga. .Kaklong...
23/11/2019

πŸ†ƒπŸ…ΈπŸ…ΏπŸ†‚ πŸ…ΌπŸ…΄πŸ…ΌπŸ…ΈπŸ…»πŸ…ΈπŸ…· πŸ…ΏπŸ…°πŸ…³ πŸ…±πŸ…΄πŸ†πŸ†‚πŸ…°πŸ…»πŸ…ΈπŸ…½
Memandangkan ramai yang borong pad untuk kegunaan masa berpantang seolah nak berniaga. .
Kaklong dah share kat story tentang Lochia Rubra,Serosa dan Alba baru baru ni kan? Sedap jugak nama nama nifas dalam terma perubatan. Jangan ada yang berkenan nak letak nama anak sudahlah.
Sharing tentang lochia memudahkan ibu membuat pilihan membeli pad ketika berpantang agar tidak membazir.
Sebaik lepas melahirkan, pihak hospital akan memakaikan pad bertali pada pesakit so tak perlu khuatir macam mana nak ikat tali pad tu. Pad bertali (loop) sangat praktikal bagi jururawat untuk pakaikan pada pesakit namun tidak praktikal jika ibu berpantang nak pakai sendiri kerana lebarnya kecil dan sukar untuk sesetengah dari kita mengikatnya.
Beli pad bersalin jenama Madame Pureen (20keping) lebih kurang dua pack untuk kegunaan seminggu pertama. Pad ini lebar yang boleh menampung pengeluaran 'heavy' darah lochia untuk seminggu pertama, ada sticker lekat jadi tak mudah bocor, dan tebal. Pad yang tebal membantu ibu yang mempunyai buasir atau luka jahitan yang banyak agar selesa untuk duduk.
Namun jika jahitan lukanya terlalu tegang, sesetengah ibu berpantang lebih selesa menggunakan overnight wing namun ia tidak selesa pada bengkak buasir ketika duduk.
Untuk ibu berbadan besar atau czer, ada yang prefer menggunakan lampin pakai buang.
Kemudian ibu bersalin boleh menggunakan pad yang biasa digunakan pada waktu haid. Pembelian pad jenis ini juga tidak perlu banyak, hanya untuk kegunaan sehingga hari ke lima belas.
Selepas dua minggu, ibu boleh menggunakan panty liner atau pad pakaisemula kerana darah nifas on and off macam biskut chipsmore.
Pad perlu ditukar setiap tiga jam walaupun tiada darah padanya untuk mengelakkan jangkitan. Nifas tidak hanya darah. Ia juga adalah lendiran. Bacaan lanjut boleh tengok di highlights instagram topic nifas.
Adakah saya membantu?

Selawat Al Fateh (Selawat Pembuka)Amalkan Selawat Fateh ini setiap hari agar dipermudahkan ibu ibu bersalin dengan tenan...
11/09/2019

Selawat Al Fateh (Selawat Pembuka)

Amalkan Selawat Fateh ini setiap hari agar dipermudahkan ibu ibu bersalin dengan tenang, dan pada waktu yang terbaik, biiznillah. "Ya ALLAH Rahmati Dan Berkati Penghulu Kami Nabi Muhammad saw ,
Pembuka Apa Yang Tertutup ,
Penamat Bagi Yang Telah Sudah ,
Penolong Bagi Yang Hak ,
Penunjuk Kejalan Yang Lurus ,
Selawat Dan Salam Ke-Atas Nya Juga Keluarga Dan Sahabatnya Sebagaimana Yang Selayaknya , Dengan Darjat Dan Kedudukan Yang Tinggi Dan Mulia."
Tag sahabat anda dan doakan semoga beliau dibukakan "laluan" untuknya berjihad melahirkan dengan tenang.
Tag suami anda dan doakan semoga beliau dibukakan pintu pintu rezeki seluas langit dan bumi dalam jihadnya memperbaiki ekonomi keluarga.
-Admin -

PENGURUSAN URI!Tips untuk korang yang tinggal di rumah flat/ apartment / kondo atau kawasan rumah tak ada tanah untuk me...
27/08/2019

PENGURUSAN URI!
Tips untuk korang yang tinggal di rumah flat/ apartment / kondo atau kawasan rumah tak ada tanah untuk menanam uri.
Dah dekat nak due tu kan, ajak suami pergi ke kedai nursery pokok beli sebuah pasu besar dan tinggi, beberapa paket tanah dan baja serta pokok hiasan dan simpan di balkoni rumah.
Nanti seusai si isteri bersalin, dah bersihkan uri tersebut, masukkan tanah ke dalam pasu besar tadi, tanamkan uri tersebut dan letakkan anak pokok di bahagian paling atas. Boleh juga letak sedikit serbuk arang untuk elakkan kucing korek tanah tersebut.
Letak pasu yang cantik tadi di balkoni rumah. Nanti anak dah besar boleh bagitahu yang urinya di tanam di dalam pasu tersebut.
Tak perlu pergi gali tanah rumah pak imam masjid.
Adakah tips ini membantu?
Haruslah sayang kaklong lebih!






Perlukah merancang di mana korang nak bersalin? - Perlu!Setiap pusat bersalin mempunyai  kemudahan dan servis tersendiri...
23/08/2019

Perlukah merancang di mana korang nak bersalin? - Perlu!
Setiap pusat bersalin mempunyai kemudahan dan servis tersendiri.
Anda perlu ambil tahu apa yang anda akan dapat di situ.
Sebagai contoh, ada tempat yang menyediakan khidmat kaunselor penyusuan dan ada p**a yang akan membiarkan ibu berehat tanpa diganggu sedangkan bayi diletakkan di nursery.
Begitu juga dengan apakah baju bayi yang harus saya bawa untuk dipakai selepas melahirkan? Ada hospital yang menyediakan semua keperluan buat orang baru termasuk baju dan swaddle.
Namun secara umumnya, kebanyakan hospital akan meminta anda sediakan baju untuk dipakaikan kepada bayi. .
Berikut adalah tips yang mungkin membantu :-
1) Pilih baju dan seluar (two pcs) berbutang di hadapan dan bukannya jumper.
2) Pilih saiz new born, material 100% cotton dan bukan baju lubang lubang kerana nursery hospital sejuk (bayi baru dilahirkan dari air ketuban yang suam).
3) Tidak perlu sertakan sarung tangan dan kaki kerana risau ia akan tercabut dan hilang. Jadi, lebih baik pilih seluar yang dah cover bahagian kakinya.
4) Nanti baby dah dalam dakapan ibu baru pakaikan sarung tangan dan swaddle cantik ya.
5) Oh ya, untuk memudahkan suami mengambil keperluan di dalam beg, labelkan baju tersebut "LABOR ROOM" dan letak paling atas sekali agar mudah dicapai.
Kalau ada yang dah siap packing dan rasa nak kena packing semula, ada alasan nak gi shopping lagi, kan?
Adakah post ini membantu?
Jika ya, haruslah beri love yang banyak agar Kaklong rasa disayangi. Hehe... .




Address

Alor Setar
Kedah

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60134060722

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eja Confinement Helper -Pembantu Berpantang dengan Tropikal HERBS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram